Thursday, November 25, 2010

DPMZ Menyampaikan Sumbangan Kepada Ahli

Posted by UPP DPMZ On 12:45 AM No comments

Pengerusi DPMZ menyerahkan sumbangan kepada Saudara Muhamad Mumtaz Harun

ZAGAZIG, 20 November 2010 - Pengerusi DPMZ, Saudara Muhammad Lokman Bin Sulaiman bersama beberapa orang AJKT DPMZ telah menziarahi rumah Saudara Muhamad Mumtaz Bin Harun bagi menyerahkan hasil sumbangan derma kilat yang telah dilancarkan.
              Sumbangan bertujuan bagi meringankan beban beliau sekeluarga yang baru sahaja menerima kelahiran putera baru mereka pada September yang lalu yang telah menelan perbelanjaan kos pengurusan kelahiran kira-kira LE3000.

             Putera yang baru dilahirkan tersebut telah diberi nama Muhamad Rifa'at Fauzi bersempena nama salah seorang sheikh yang masyhur, Al-Fadhil Al-'Allamah As-Syeikh Rifa'at Fauzi Abdul Muttalib.
             Semasa diziarahi, beliau menyatakan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Sempat juga beliau memberikan pandangan dan idea yang bernas bagi memastikan DPMZ terus maju di masa hadapan.
             Pihak DPMZ berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang ditanggung beliau sekeluarga.







0 comments:

Sahabat