Wednesday, December 22, 2010

HULURKAN TANGAN , RINGANKAN BEBAN

Posted by UPP DPMZ On 1:10 AM No comments

             
Seorang mahasiswa Al-Azhar  warga Indonesia di Zagazig iaitu Al-Fadhil Sheikh Husni Ginting atau dikenali sebagai Ustaz Husni telah menghadapi masalah kesihatan yang membimbangkan di bahagian hati. Kini beliau sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital ‘Qasr El-‘Ein’ Kaherah. Kos awal bagi rawatan tersebut adalah sebanyak LE 4000.
Selain itu, beliau juga pernah menjalani pembedahan di Hospital Hamdi El-Sayyed, Zagazig berikutan masalah hempedu yang  dialami. Oleh hal yang demikian menyebabkan beliau terpaksa menerima beberapa rawatan susulan di hospital bagi memulihkan kembali kesihatan beliau.
               
Untuk makluman warga DPMZ, beliau juga merupakan antara tenaga pengajar di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig yang banyak memberi sumbangan ilmu kepada ahli. Oleh yang demikian pihak DPMZ sedang melancarkan kutipan sumbangan khusus bagi membantu meringankan beban yang sedang dialami oleh beliau.
               
Kepada seluruh warga Zagazig bolehlah menyalurkan sumbangan terus kepada ketua kamsis mengikut kawasan masing-masing atau terus melalui mana-mana AJKT DPMZ. Mudah-mudahan segala bantuan dan sumbangan yang dihulurkan akan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. seterusnya membantu meringankan bebanan yang dialami beliau.

0 comments:

Sahabat