Sunday, December 12, 2010

Motivasi Perdana : Cemerlang Bukan Hanya Pada Sijil

Posted by UPP DPMZ On 11:33 PM No comments





ZAGAZIG - 11 Disember 2010 : Bersempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Unit Pengetahuan Dan Pendidikan (UPAP) DPMZ Sesi 2010/2011 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program Motivasi Perdana yang telah berlangsung di Dewan Darul Wehdah.
Sekitar jam 7 malam, selepas solat Isya’ secara berjemaah, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Saudara Muhd Zainullah Mohd Pauzi selaku Ketua UPAP DPMZ Sesi 2010/2011 dan diteruskan dengan kalam mutiara yang disampaikan oleh Pengerusi DPMZ, Saudara Muhamad Lokman Sulaiman.
                
Istimewanya, Motivasi Perdana pada kali ini menampilkan motivator yang dijemput khas dari Kaherah yang bukan sahaja merupakan seorang tokoh yang cemerlang dari segi akademik bahkan turut merupakan seorang tokoh kepimpinan yang tidak asing lagi di bumi anbiya’ ini iaitu Saudara Mohd Farkhan Md Zin yang juga merupakan Naib Presiden III PMRAM merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM.
                
Dalam pengisian tersebut, beliau banyak menekankan kepada para hadirin mengenai kecemerlangan dari sudut yang Islam inginkan, sejajar dengan tema yang dibawakan pada motivasi kali ini, 'Mencapai Kecemerlangan Duniawi dan Ukhrawi'. Beliau turut menegaskan bahawa kecemerlangan akademik menjadi sia-sia tanpa akidah atau pegangan agama yang jitu, syakhsiah dan akhlak yang mulia serta tanpa ilmu yang diamalkan dan dipraktikkan.
                
Sebelum mengakhiri pengisian, para hadirin diingatkan kepada 5 wasiat Nabi Muhammad S.A.W  yang telah berpesan kepada kita agar sentiasa berada dalam jamaah atau kumpulan, dengar dan taat kepada arahan pimpinan, perlunya untuk berhijrah kepada yang lebih baik serta sentiasa istiqamah dalam berjuang di jalanNya.

“Keberadaan kita sebagai mahasiswa dan individu Muslim akan menggambarkan bagaimanakah Islam kepada dunia. Oleh itu kita hendaklah menjadi seorang Muslim yang melaksanakan Islam secara menyeluruh serta membumikan ilmu Islam di mana jua kita berada,” tegasnya lagi.

Turut dihidangkan kepada para hadirin di akhir program, jamuan bubur ‘asyura bersempena 10 Muharram yang bakal menemui kita tidak lama lagi.

Justeru pihak DPMZ mengucapkan selamat berjaya dan selamat menghadapi imtihan kepada semua ahli serta berharap agar seluruh mahasiswa dapat melakukan persediaan yang secukupnya bagi menghadapi imtihan yang akan tiba.


















0 comments:

Sahabat