Friday, January 21, 2011

DPMZ Bina Hubungan Baik Bersama Markaz Bahasa Arab Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 2:27 AM No comments




  
ZAGAZIG, 20 Januari 2011 : Pihak DPMZ terus mengambil serius berkaitan isu keselamatan mahasiswa Malaysia di Zagazig, lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan hubungan mahasiswa Malaysia dengan masyarakat arab di sini.


Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan terus terjaga sejajar dengan saranan pihak keselamatan Mesir, Pengerusi DPMZ, Saudara Muhamad Lokman Sulaiman bersama beberapa orang barisan AJKT yang lain telah mengadakan pertemuan bersama wakil tenaga pengajar Markaz Bahasa Zagazig, Al-Fadhil Us Alauddin yang juga merupakan Mudir (Pengetua) institusi tersebut pada jam 4.30 petang tadi.

Pertemuan yang diadakan di Markaz Bahasa Zagazig itu bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara mengenai hal ehwal mahasiswa kita yang belajar di markaz tersebut. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan keselamatan mahasiswa Malaysia yang belajar di markaz tersebut. DPMZ telah diarahkan oleh Mabahis Amni Daulah (Keselamatan Mesir) untuk memantau perjalanan markaz bahasa tersebut.

Us Alauddin mengalu-alukan kedatangan AJKT DPMZ ke markaz tersebut sambil berjanji untuk memberikan khidmat terbaik kepada mahasiswa Malaysia yang menuntut di situ. Us Alauddin juga membawa Pengerusi DPMZ untuk melihat sendiri perjalanan sesi kelas Bahasa Arab untuk mahasiswa Malaysia. DPMZ berharap pertemuan ini dapat menatijahkan hubungan baik mahasiswa Malaysia di sini bersama Markaz Bahasa Arab tersebut.  











0 comments:

Sahabat