Wednesday, January 12, 2011

Makluman Terbaru SPR PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 3:21 AM No comments



(klik pada gambar atau sini untuk paparan lebih jelas)

Dimaklumkan bahawasanya, pihak Suruhanjaya Piliharaya (SPR) PMRAM  telah menerima aduan berkenaan kekeliruan penafsiran undang- undang Tubuh PMRAM dan mengakui terdapat  kekeliruan yang berlaku pada penafsiran Undang-undang Tubuh PMRAM pada Bab 4(B) Badan Pengurus, Fasal 26 (2) Keanggotaan, yang menyebut;


“Tempoh keahlian keanggotaan dalam Badan Pengurus ialah selama tiga tahun dan pengekalan satu pertiga anggota hendaklah dibuat setiap tahun. Pembentukan majls baru dilakukan bersama dua pertiga anggota baru yang dipilih dalam Muktamar.”

Berdasarkan penafsiran tersebut, bilangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam (AJKT HEWI) PMRAM mestilah mengikut bilangan pemilihan Badan Pengurus PMRAM.

Oleh yang demikian, pihak SPR PMRAM dengan rasminya memutuskan, pilihanraya Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI PMRAM sesi 2011 akan diadakan bagi memilih 10 kerusi sahaja daripada 12 calon yang berdaftar sebelum ini. Tarikh dan waktu rasmi pilihanraya HEWI PMRAM akan dimaklumkan melalui saluran rasmi SPR PMRAM.   

Sebarang keputusan SPR PMRAM adalah muktamad. 

Yang Benar,
Pengarah, 
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM
sesi 2010

0 comments:

Sahabat