Monday, January 17, 2011

Ekspedisi Semenanjung Sinai 2011

Posted by UPP DPMZ On 4:40 AM No comments

untuk paparan lebih jelas sila klik

Assalamualaikum wbt... Salam ukhwah kepada semua warga Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig. Maluman kepada semua, InsyaAllah Unit Sambutan dan Rehlah DPMZ sesi 2010/2011 akan menganjurkan jaulah ke Semenanjung Sinai 3 hari 2 malam pada awal bulan Februari 2011. Jaulah ini dibuka kepada ikhwah sahaja dan kepada sesiapa yang ingin menyertai jaulah ini, sila daftar segera kepada Saudara Muhammad Nasuha (014-6787583) dan Saudara Mohd Safwan Hadi (011-9361518) dan pendaftaran ini masih dibuka.


Bagi pembayaran jaulah ini sebanyak LE 255 seorang untuk sewa bas pergi dan balik, sewa feri untuk seberang ke Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi, makan dan minum 3 hari 2 malam, penginapan (tempat bermalam) dan lain-lain lagi. Antara tempat-tempat yang menarik Jabal Musa AS., Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi, Wadi Arbain, Makam Nabi Harun AS. dan Nabi Soleh AS. dan sebagainya. 

Antara gambar-gambar yang menarik:

Di atas Jabal Musa




Di makam Nabi Soleh AS.




Di Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi


Di tapak Perkampungan Nabi Ilyas AS.

Pihak adhoc pelaksana 'Ekspedisi Semenanjung Sinai 2011' mengharapakan sambutan yang menggalakkan daripada anda semua untuk menyertai jaulah ini. Bertemakan 'Kembara Nubuwwah, Manifestasi Ukkhuwwah' pada kali ini, InsyaAllah perjalanan jaulah ke Semenanjung Sinai dapat keberkatan dan diredhai oleh Allah SWT dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli DPMZ. Harap maklum dan sebar-sebarkan, wasalam.

0 comments:

Sahabat