Monday, April 4, 2011

Pengurusan Visa, Sistem Yang Lebih Mudah

Posted by UPP DPMZ On 12:34 PM No comments

Pengurusan visa bagi mahasiswa Malaysia di Zagazig sebelum tahun 2007 tidaklah sepayah yang kita lalui saban tahun ini. Hanya dengan membawa tasdiq kuliah serta beberapa dokumen penting yang lain ke pejabat imigresen, cop visa sudah dapat diperolehi pada hari yang sama atau selewat-lewatnya dua tiga hari selepas itu.

Kini, selepas rombakan sistem akibat revolusi yang melanda bumi Mesir baru-baru ini, sistem pengurusan visa telah kembali mudah dan tidak memakan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan visa.


Hasil pertemuan Pengerusi DPMZ, Saudara Muhamad Lokman bin Sulaiman bersama wakil pejabat imigresen baru-baru ini, wakil tersebut menjelaskan sistem terkini yang perlu dilalui oleh mahasiswa Malaysia dan warga asing yang lain bagi mendapatkan visa.

Lebih mudah, para mahasiswa tidak perlu lagi untuk bertemu dengan pihak keselamatan Mesir untuk urusan tersebut. Hanya membawa dokumen-dokumen yang sepatutnya ke pejabat imigresen seterusnya cop akan diperoleh sejurus selepas itu.

Wakil pejabat imigresen itu juga menggesa kepada mahasiswa-mahasiswa yang masih belum menghidupkan visa untuk segera melakukan demikian sementara sistem semasa ini digunakan, sebelum berlakunya perubahan lagi terhadap sistem tersebut.

Justeru, pihak DPMZ menyeru kepada seluruh mahasiswa agar mengambil berat dan memandang serius berkaitan pengurusan visa bagi memastikan keselamatan lebih terjaga.

0 comments:

Sahabat