Assalamu'alaikum Warahmatullahi wa Barakatuh...
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
(Ar-Ra'd : 11)
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita semua dapat kembali semula ke bumi anbiya' ini. Ahlan Wasahlan diucapkan kepada seluruh mahasiswa/wi islam ke Ardil Kinanah.
Sahabat-sahabiah sekalian,
Revolusi yang melanda Mesir baru-baru ini telah membuka mata kita semua. Namun begitu ianya merupakan satu ujian dan pengalaman yang baru buat kita. Setiap perkara yang berlaku adalah di luar kotak pemikiran manusia dan tidak dapat tidak kita sebagai hambanya terpaksa akur dengan rencana Allah Ta'ala.

Manusia tidak diuji melainkan untuk melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA, malah disebalik ujian itu terselit hikmah bagi mereka yang celik hatinya.
Sekembalinya kita ke sini adalah kerana kefahaman dan semangat yang jitu untuk meneruskan pembelajaran dan pendidikan di sini. Lantaran itu, peluang dan masa yang dianugerahkan ini seharusnya kita manfaatkan sebaik mungkin dengan mengutip permata-permata ilmu dengan sebanyaknya samada di Kuliah mahupun melalui hasil pembacaan dan pengkajian.

Dalam pada itu juga, kita hendaklah memperkemaskan ilmu-ilmu yang sedia ada dengan melibatkan diri di dalam muzakarah berkelompok. Kedua-dua elemen ini amat penting sebagai arah panduan hidup kita bersama.
Mengulas mengenai isu keselamatan yang membabitkan warganegara Malaysia di Mesir khususnya terus menjadi topik hangat. Pepatah melayu ada menyebutkan "Jangan disangka air yang tenang tiada buaya".

Pun begitu masih ada segelintir daripada kita seolah-olah memandang enteng tentang isu yang berlaku. Jika diperhatikan sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes yang dilaporkan rata-ratanya adalah kes rompakan serta kecurian yang membabitkan mahasiswa/wi.
Meskipun persekitaran di Mesir ini seolah-olah kelihatan aman, namun begitu langkah berjaga-jaga amat perlu dititikberatkan, ini kerana situasi di sini masih lagi darurat.
Mahasiswa/wi juga dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana kempen yang dilakukan oleh warganegara arab serta tidak membicarakan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan politik Mesir.
Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh PMRAM sewajarnya dipandang serius oleh semua ahli. Justeru, barisan kepimpinan HEWI PMRAM mengharapkan agar mahasiswa/wi daripada setiap cawangan dapat menitikberatkan mengenai isu keselematan serta mengikuti pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM.
Sekian,
Nurain bt. Yaacob
Pemangku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010

Sumber: www.pmram.org
0 comments:
Post a Comment