ZAGAZIG, 16 April - Berikutan sekembalinya mahasiswa Malaysia ke Zagazig untuk menyambung kembali tugas sebagai penuntut ilmu Allah di bumi Anbiya' ini selepas proses evakuasi baru-baru ini, DPMZ dengan kerjasama PCZ melalui Jabatan Fasilitator mengambil inisiatif untuk menzahirkan rasa syukur atas ketentuan ilahi ini dengan menganjurkan Majlis Kenduri Kesyukuran & Slot Penerangan Revolusi Mesir (MUBARAK '11).
Majlis yang dimulakan dengan jamuan pada jam 1.00 petang itu menghidangkan juadah yang pelbagai kepada para hadirin seperti mi kari,mi sup, serta beraneka kuih muih.
Istimewanya pada majis ini, ia turut dihadiri oleh Pegawai Atase Pendidikan, En Khairi Bin Jalaluddin yang sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis pada kali ini.
Slot malam dimulakan dengan solat hajat, bacaan yasin dan tahlil selepas solat maghrib berjemaah di Dewan Darul Wehdah bagi ikhwah manakala akhwat pula di beberapa tempat yang ditetapkan.
Seterusnya kalam alu-aluan telah disampaikan oleh Saudara Bukhari Muslim Bin Muhd Nazim dan Saudara Muhamad Lokman Bin Sulaiman selaku Pengerusi PCZ dan DPMZ sebelum diteruskan dengan slot khas bersama Encik Khairi Bin Jalaluddin yang sempat berkongsi pengalaman beliau sepanjang peristiwa revolusi kepada para hadirin.
MUBARAK '11 diteruskan lagi dengan slot penerangan revolusi Mesir yang telah disampaikan oleh Saudara Mohd Faizzudin Bin Ghazali, Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM. Para hadirin disajikan dengan pengisian yang cukup mantap daripada beliau yang juga hadir sebagai wakil BP PMRAM pada malam tersebut.
Dalam slot tersebut, para hadirin dibukakan mata mengenai sejarah yang sebenarnya berlaku sejak kejadian manusia serta betapa bahayanya musuh Islam yang selama ini sentiasa mengintai peluang untuk menjatuhkan Islam.
Selepas berakhirnya pengisian tersebut, pihak PCZ telah melancarkan dua kempen kepada seluruh ahli pada malam tersebut iaitu Kempen Exam Fever bersempena peperiksaan yang semakin hampir dan Kempen Prihatin Palestin bagi memberi kesedaran kepada ahli tentang nasib saudara seagama kita di tanah Palestin yang semakin hari semakin ditindas.
Turut hadir pada malam itu, wakil AJKT PERUBATAN Pusat, Saudara Muhamad Helmi Hatta. Beliau turut menyempurnakan gimik perasmian bagi kempen-kempen tersebut.

0 comments:
Post a Comment