ZAGAZIG, 19 April - Selepas menerima beberapa aduan daripada ahli berkenaan masalah pengurusan visa yang berlaku kini, pihak DPMZ mengambil inisiatif untuk menghantar wakil bagi mengadakan perjumpaan dengan wakil pihak imigresen Zagazig.
Hasil perjumpaan dan perbincangan Ketua Unit Pengetahuan Dan Pendidikan, Saudara Muhamad Zainullah Bin Mohd Pauzi bersama wakil imigresen tersebut, pihak imigresen menerangkan beberapa sistem baru yang perlu diambil perhatian oleh semua warga Malaysia yang ingin mendapatkan visa:

- Segala urusan visa hanya perlu dilakukan di pejabat imigresen Zagazig. Kenyataan berkaitan pengurusan visa yang memerlukan warga Malaysia untuk ke Kaherah hanya khabar angin.
- Selepas borang selesai diisi, ahli perlu menunggu selama 20 hari untuk borang itu diproses di Kaherah sebelum pasport dapat dicop.
0 comments:
Post a Comment