Monday, May 16, 2011

Ekspedisi Ziarah 1 - Perkukuh Dan Mengimbas Kembali Asas-asas Solat

Posted by UPP DPMZ On 1:09 AM No comments


ZAGAZIG, 15 Mei - Skuad Gempur di bawah Ahli Jawatankuasa Kempen Bulan Solat 2011 telah mengadakan Ekspedisi Ziarah yang pertama pada 13 dan 14 Mei yang lalu.

Sepanjang dua hari berziarah ke rumah ahli, skuad pada kali ini mengedarkan risalah perihal asas solat dan borang kaji selidik serta slot tazkirah senafas yang bertujuan bagi mengingatkan kembali ahli berkaitan asas-asas solat.

Paling penting pada ziarah kali ini, ahli dimaklumkan tentang hadaf dan matlamat utama penganjuran Kempen Bulan Solat pada kali ini.


Sejajar dengan firman Allah SWT yang mengingatkan kita tentang kepentingan solat yang dapat menjauhkan kita daripada perkara keji dan mungkar, pihak DPMZ mengajak seluruh ahli agar sama-sama kita perbaiki mutu solat kita serta menyedari kepentingan dan hakikat sebenar ibadah solat dalam hidup kita.

Melihat kepada respon serta sambutan baik yang diberikan ahli, pihak skuad mewakili DPMZ mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

0 comments:

Sahabat