Assalamualaikum wbt…
Salam tautan ukhwah kepada semua warga DPMZ dan bersyukur kepada illahi dengan izin dan inayahnya kita masih diberi dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/wi Islam Zagazig.
Di kesempatan ini juga, kita sama-sama memperingati peristiwa penting yang berlaku kepada saudara seagama kita di bumi Palestin iaitu peristiwa ‘Nakbah Palestin’. Peristiwa ini berkisar tentang kejadian penduduk Palestin itu dihalau secara besar-besaran kerana rampasan tanah oleh pihak Zionis laknatullah yang berlaku bulan Mei 1948. Pembunuhan besar-besaran juga berlaku ketika penaklukan tentera Israel yang dikepalai oleh kumpulan pengganas seperti Irgun, Haganah dan Levi.
Kini hampir 63 tahun peristiwa itu telah berlalu dan meninggalkan banyak kesan buruk serta penderitaan terhadap generasi penduduk Palestin pada ketika ini. Penderitaan yang dihadapi oleh mereka amat menyedihkan sehingga menjadi pelarian di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan lain-lain lagi. Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kita selaku umat Islam supaya memberi tumpuan yang lebih terhadap saudara kita yang tertindas. Jika seluruh umat Islam bersatu sudah pasti kecelakaan besar seperti ini tidak menimpa umat Islam.
Sehubungan itu, DPMZ melalui Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan menyeru seluruh ahli untuk menyatukan seluruh fikrah serta bersama-sama menggembleng tenaga di bawah naungan Islam demi menjaga kemaslahatan(kepentingan) umat. Barangan keluaran syarikat yang memberi dana kepada Israel dan Zionis hendaklah diboikot kerana setiap sen yang diberi merupakan peluru maut buat rakyat Palestin. DPMZ juga berharap seluruh ahli sentiasa memberi perhatian terhadap masalah saudara kita di Palestin dan mana-mana sahaja bumi Islam yang disimbahi darah syuhada`.
Anas Zharif Bin Harun,
Ketua Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2010/2011.
0 comments:
Post a Comment