Segak bergaya..... Perwakilan Zagazig bersedia memasuki dewan muktamar
KAHERAH, 6 Mei 2011 : DPMZ telah menghantar ahli perwakilan seramai 19 orang ke Muktamar Sanawi PMRAM Ke-78 yang diadakan di Dewan Solah Abdullah Kamil. Perwakilan Zagazig juga disertai oleh 2 mahasiswi. Perwakilan Zagazig diketuai oleh Saudara Fizree Abu Bakar. Persidangan Muktamar Sanawi telah bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan Mohd Hazime.
Beliau juga menyempurnakan gimik perasmian dan menyempurnakan pelancaran buku terbitan Unit Penerangan Umum dan Unit Panitia ARMA iaitu "Gelombang Hak Mahasiswa Dan Hak Kita : ARMA". Buku ini berkisar mengenai perjuangan mahasiswa sejak 1932 untuk pembinaan sebuah asrama mahasiswa kita serta bukti serta fakta berkaitan yang memaparkan hak PMRAM di ARMA.Muktamar Sanawi diteruskan llagi dengan pembentangan laporan setiap badan dan lajnah serta pembentangan laporan kewangan. Perwakilan Zagazig tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan serta memberikan buah fikiran kepada pucuk pimpinan.
Sesi perbahasan usul menyaksikan 2 usul telah dibentang dan dipersetujui oleh perwakilan iaitu usul yang dibawa oleh Perwakilan Pahang Saudara Fahmi Rashid iaitu"Bersama Mempertahankan Kesatuan BKKIMM dengan beberapa tindakan : (1)Sumbangan Material, (2)Menjana Ekonomi Bersama Taakhi" dan sebuah lagi usul tergempar yang dicadangkan oleh Saudara Hanif Haron dari Perwakilan Pulau Pinang iaitu"Mempertahankan kelangsungan mahasiswa Mesir dengan beberapa tindakan berikut : (1)Mengemaskini sistem pendidikan di BKAN dan DPM, (2) Mempertingkatkan hubungan dengan NGO di Mesir seperti WAMY, WAAG, Markaz Bahasa dan lain-lain, (3)Mengadakan hubung jalin antara ILMAM dan PMRAM, (4)Mengenalpasti sumber modal Insan keluaran Mesir di Malaysia."
Sidang muktamar telah berakhir selepas itu dan barisan kepimpinan telah memberikan ucapan perpisahan. Presiden PMRAM juga memberikan ucapan penangguhan sesi ini. Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah mengumumkan barisan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT Hewi yang baru. DPMZ telah mendapat tempat kedua bagi kategori DPM Terbaik. DPMZ mengucapkan tahniah kepada kepimpinan sesi yang lalu kerana telah berjaya melaksanakan amanah yang diberi dengan baik. DPMZ juga berikrar akan terus memberikan sokongan dan wala` kepada kepimpinan baru yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zuhaili Saiman. Semoga PMRAM terus menegakkan kalimah Allah sepanjang kewujudan di bumi ini.
Menunggu..... perwakilan sedang mendaftar untuk memasuki dewan muktamar
Muktamar Sanawi Ke-78..... Usia yang sukar dicapai oleh mana-mana persatuan mahasiswa di seluruh dunia
Canggih.... PMRAM Multimedia Centre (PMC) semakin maju merentas masa dengan memaparkan visual persidangan di dewan atas(mahasiswa) dan bawah(mahasiswi)
0 comments:
Post a Comment