Saturday, May 7, 2011

Muktamar Sanawi PMRAM Medium Komitmen Ahli

Posted by UPP DPMZ On 8:39 PM No comments


KAHERAH, 6 Mei - Muktamar Sanawi PMRAM kali ke -78 telah diakhiri dengan pengumuman perletakkan jawatan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2010 yang telah diumumkan oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime selaku Presiden PMRAM 2010.Sebelum pengumuman tersebut, semua barisan juga Badan Pengurus memberikan ucapan penangguhan.


Bertempat di Dewan Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar berjaya mengumpulkan hampir 500 orang perwakilan daripada PMRAM Cawangan samada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM).

Program yang berlangsung dengan jayanya dengan membuktikan komitmen ahli PMRAM tidak pernah berbelah bagi. Program dimulakan dengan majlis perasmian ucapan aluan daripada Pengarah Muktamar PMRAM kali -78 iaitu Saudara Mohammad Faizzudin bin Ghazali kemudian disusuli dengan ucapan perasmian daripada Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime sekaligus menyempurnakan gimik perasmian.

Buku terbitan Urus Penerangan Umum dengan kerjasama Unit Panitia ARMA PMRAM yang berjudul "Gelombang Aura Mahasiswa & Hak Kita : ARMA juga telah dilancarkan pada majlis perasmian tersebut.

Muktamar Sanawi diteruskan lagi dengan pengesahan minit Muktamar Sanawi kali-77 dibawah kendalian Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan, diteruskan pula dengan pembentangan laporan daripada setiap badan dan lajnah dibawah PMRAM. Seterusnya pengesahan laporan kewangan yang telah dibentang oleh Bendahari Kehormat PMRAM Saudara Firdauz bin Noh.

Sesi perbahasan dari perwakilan juga tidak kurang hebatnya, sekitar 20 orang pembahas menunjukkan daya kreativiti dalam menguatkan hujah untuk setiap perbahasan yang diutarakan. Senstiviti ahli terhadap isu juga nampak semakin matang dalam memahami perkara yang diperbahaskan.

Dengan pengisytiharan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM bagi sesi 2011 yang diumumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2010 iaitu Saudara Abdul Somad bin Abdul Aziz ,maka Muktamar Sanawi kali ke-78 melabuhkan tirainya.

Ucapan penangguhan daripada Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM 2011 dengan menekankan kepada semua ahli untuk melaksanakan 2 usul yang telah diputuskan dalam muktamar kali ini.

sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat