Monday, August 22, 2011

Karnival Ibadah 10 Malam Terakhir, Medan Mendidik Rohani Sebelum Berlalunya Ramadhan

Posted by UPP DPMZ On 6:55 AM No comments


ZAGAZIG, 22 OGOS 2011 - Malam sepanjang Ramadhan dihidupkan lagi dengan perlaksaan program yang telah diatur oleh pihak Raudhah Ramadhan di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ iaitu majlis iktikaf 10 malam terakhir yang bermula pada awal pagi tadi dan bertempat di Masjid Salam.



Majlis yang diserikan lagi dengan karnival ibadah seperti qiamullail, bacaan al-Quran dan sahur berjemaah sedikit sebanyak memberi santapan rohani serta memantapkan kekuatan ukhuwah sesama ahli DPMZ di samping mendekatkan diri kepada Rabbul izzati, Tuhan semesta alam.

Seusai iktikaf, semua hadirin bergerak ke pejabat DPMZ untuk bersahur secara berjemaah dan kemudiannya mengerjakan solat subuh yang diimamkan oleh Pegerusi DPMZ, Saudara Mohd Zainullah Mohd Pauzi, yang kemudiannya disusuli dengan bacaan Mathurat secara berjemaah.

Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah berkaitan isu semasa yang disampaikan oleh Saudara Abdul Hadi Zuki, pelajar Perubatan tahun 5 Universiti Zagazig. Intipati tazkirah beliau banyak berkisarkan tentang isu yang berlaku di Somalia, kisah penderitaan rakyat di sana dan sedikit deselitkan dengan sejarah negara tersebut.

Program Iktikaf yang dirancang berterusan hingga malam penutup ramadhan ini,  merupakan medan utama bagi seluruh ahli DPMZ meningkatkan ketaqwaan serta menguatkan lagi nilai ukhuwah di samping berusaha mencari malam yang istimewa yang di janjikan ALLAH iaitu Malam Lailatul Qadar.

Semoga  dengan adanya program seperti ini, kita semua di beri kekuatan serta istiqamah dalam beribadah di samping berusaha mengejar cita-cita sebagai individu yang bergelar Mahasiswa islam.


0 comments:

Sahabat