Monday, August 22, 2011

Majlis Konvokesyen : PMRAM Bersedia Laksanakan, Apa Respon Ahli

Posted by UPP DPMZ On 6:22 PM No comments


KAHERAH, 22 Ogos 2011 - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini telah mengumumkan bahawa  pihak PMRAM telah bersetuju untuk menganjurkan majlis Konvokeyen PMRAM pada tahun ini.



Ini berikutan reaksi yang dilontarkan oleh seluruh ahli yang meminta pihak PMRAM terus melaksanakan agendanya meneruskan majlis konvokesyen setelah 2 tahun tidak diadakan sejak tahun 2009 yang lalu.


Sebelum ini pihak PMRAM telah membuat culaan "Wajarkah PMRAM mengadakan konvokesyen pada tahun ini" bagi mendapatkan sokongan daripada seluruh ahli mengenai permintaan mereka terhadap PMRAM meneruskan agenda tersebut.


"Culaan itu merupakan kayu ukur bagi pihak PMRAM untuk mempertimbangkan samada untuk mengadakan konvokesyen atau tidak pada tahun ini," ujar Presiden PMRAM saudara Zuhaili Saiman.


"Untuk melaksanakan konvokesyen pada tahun ini, PMRAM megharapkan respon daripada ahli dan segala kebergantungan menurut daripada respon ahli, andaikata ahli begitu mendesak samada melalui  culaan yang PMRAM keluarkan mahupun melalui medium yang lain, pihak PMRAM akan terus membincangkan dan mempertimbangkan perkara ini dengan lebih serius dan terbuka." tambah beliau lagi.


Dengan itu PMRAM sekali lagi menegaskan bahawa PMRAM bersedia mengadakan konvokesyen pada tahun ini bagi meraikan seluruh mahasiswa/ wi yang telah berjaya  menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang samada dari pengajian Islam mahupun Perubatan.


Pihak DPMZ di bawah pimpinan Saudara Mohd Zainullah Mohd Pauzi menyokong sepenuhnya pihak PMRAM bagi melaksanakan majlis konvokesyen pada tahun ini bagi memperkenalkan dan meraikan seluruh mahsiswa/ wi yang berjaya menamatkan pengajian mereka  dengan cemerlang.


(Sumber : PMRAM)



0 comments:

Sahabat