Wednesday, August 24, 2011

Palestin Tidak Pernah Dipandang Sepi

Posted by UPP DPMZ On 7:26 AM No comments



KAHERAH, 23 Ogos - Isu kemanusiaan Palestin terus mendapat perhatian dikalangan mahasiswa Mesir biarpun dilanda beberapa isu akhir-akhir ini.

Ini menggambarkan bahawa sensitiviti mahasiswa Mesir untuk terus cakna penderitaan yang berlaku di Palestin tidak pernah luntur .

Bukti keprihatinan ahli PMRAM berkenaan kesengsaraan rakyat Palestin, apabila hasil kutipan yang telah dilancarkan semalam berjaya mengumpulkan sebanyak LE 2420, USD 7 dan RM 60.00 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Hakikatnya Palestin terus segar dalam sanubari umat Islam umumnya dan mahasiswa Mesir khususnya.

" Isu kemanusiaan dan penderitaan Palestin tidak akan sesekali luput dibenak minda mahli PMRAM kerana itu PMRAM sentiasa menyalurkan maklumat terkini mengenai Palestin melalui Mini Pavilion PMRAM, satu unit dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM" ujar Saudara Syeikh MOhd Mujahid bin Sikh Nawawi selaku Naib Presiden PMRAM 2011 ketika ditemui semalam .

Hasil sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman kepada Setiausaha Agung  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia [ MAPIM ] Encik Mohd Azmi bin Abdul Hamid di akhir majlis semalam.

Sumber : PMRAM

0 comments:

Sahabat