Monday, October 17, 2011

MASA'11 Hadaf Memperkukuh Kesatuan DPMZ.

Posted by UPP DPMZ On 12:37 PM No comments


ZAGAZIG 15 Oktober 2011- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah menganjurkan satu program khusus untuk Mahasiswa/wi perubatan iaitu Majlis Sambutan Mahasiswa/wi Baru (MASA'11) bertempat di dewan darul wehdah.


Majlis di mulakan dengan ucapan pengarah program iaitu Saudara Muhammad Hassanul Hibri Sapuan, dan diteruskan dengan ucapan Pengerusi DPMZ Saudara Muhammad zainullah pauzi dan seterusnya oleh Saudara Ibrahim Ani (Badan Pengurus Angkat PMRAM cawangan Zagazig) sekaligus merasmikan program tersebut.

Majlis kemudiaannya diteruskan lagi dengan slot kenali DPMZ dan Mesir yang dikelola oleh Saudara Amirul Hafiz Hassan dan Saudara Zulhaiqal A.Rahim sebagai wakil DPMZ bagi menerangkan serba sedikit mengenai sejarah,pencapaian serta visi & misi DPMZ.

Kemudiannya majlis beralih kepada slot ramah mesra bersama AJKT DPMZ dan slot mengisi borang DPMZ bagio ahli-ahli yang baru.

Antara slot yang menarik pada malam tersebut ialah forum Bait Muslim bersama Saudara Al Hidayat Khalid yang merupakan Pengarah Bait Muslim Dpmz dan juga wakil mutazawwijin Malaysia yang tinggal di bumi Zagazig.

Akhir program, majlis ditutup dengan persembahan pentomen yang berkisarkan kehadiran adik-adik baru sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di lembah nil ini. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.


0 comments:

Sahabat