Saturday, October 8, 2011

Pertemuan Kepimpinan PMRAM Bersama Dua Lagenda PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 7:55 PM No comments


KAHERAH, 8 Okt - Survivor PMRAM semakin utuh merentasi usia yang kian mencecah 81 tahun bertapak di bumi anbiya' ini.

Pelbagai ilmuwan dan agamawan yang telah lahir daripada acuan PMRAM yang sekaligus membuktikan pada dunia PMRAM bukan hanya sekadar kesatuan mahasiswa malah dapat melahirkan generasi berkaliber mendepani masyarakat sejagat.

Arus kontemporari bukan halangan untuk PMRAM meneruskan agenda dalam membentuk mahasiswa yang berkredibiliti sejajar dengan keperluan semasa .

Semenjak tahun 1930 penubuhannya PMRAM giat merencanakan pelbagai agenda bagi memenuhi tuntutan masyarakat memerlukan generasi muda untuk bersama menyelami kebejatan pemikiran  yang kini semakin kabur daripada landasan syariat Islam.

Pertemuan dua lagenda PMRAM bersama Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM di Perpustakaan Rumah Selangor memberikan hasil yang besar sebagai dorongan untuk terus bersama mendokong PMRAM agar terus berpencak di persada arena antarabangsa pada 6 Oktober yang lalu.

Dua lagenda tersebut merupakan mantan Presiden PMRAM Saudara Mohd Nizam bin Mohd Noh 1999 dan seorang lagi tokoh lagenda saudara Mohd Asri bin Mat Daud yang juga merupakan mantan Penasihat PMRAM 2008.

Perbincangan dua hala antara kepimpinan PMRAM dan 2 tokoh muda ini sebagai momentum dalam menjiwai dasar PMRAM yang terus didokongi oleh anak Melayu sehingga kini.

"Kerjasama diantara kepimpinan adalah tunggak utama dalam meneruskan survivor sebuah organisasi maka kesatuan ukhuwah perkara yang penting dikalangan kepimpinan" pesan saudara Mohd Asri bin Mat Daud.

"Kebersamaan BKAN dan DPM ialah kekuatan pada PMRAM oleh kerana itu kesatuan diantara BKAN dan DPM perlulah selari sekaligus diperkukuhkan dari masa ke semasa" ujar saudara Mohd Nizam bin Mohd Noh.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat