Friday, October 14, 2011

Rasai Aksi Menarik Sepak Takraw Di Salam

Posted by UPP DPMZ On 1:20 PM No comments

Rebut.... pihak lawan mesti ditewaskan.

ZAGAZIG, 15 Zulkaedah 1432/13 Oktober 2011 : Mahasiswa Zagazig meminati gaya hidup sihat dengan menjadikan pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, futsal dan bola keranjang sebagai hobi masa lapang. Sepak Takraw juga tidak ketinggalan menjadi sukan kegemaran mahasiswa kita. Sukan tradisi masyarakat Nusantara ini semakin mendapat tempat dalam kalangan mahasiswa kita yang kian bertambah populasinya. Oleh itu, sukan ini telah diadakan dengan kerap sejak sebulan yang lalu bagi memenuhi permintaan mahasiswa yang cintakan tradisi bangsa kita.


          Sebuah gelanggang telah dibuka berdekatan sebuah ladang di Salam. Walaupun gelanggang ini hanya berlantaikan pasir dan garisan benang serta menggunakan jaring yang diimport khas dari Malaysia mahasiswa kita tetap menjadikan Sepak Takraw sebagai kaedah meredakan tekanan jiwa akibat kesibukan belajar di universiti. Sepak Takraw dipilih sebagai alternatif kepada sukan yang lain iaitu futsal di stadium. Berbanding sukan lain, mahasiswa tidak perlu menanggung kos kerana tuan tanah membenarkan  tanahnya diguna untuk riadah petang.

         Semalam, DPMZ mendapati perjalanan sukan ini terus lancar. Mahasiswa yang ditemui rata-ratanya memberikan reaksi positif kepada sukan ini. Ianya kerana sukan ini dapat meneguhkan ukhuwwah dalam kalangan mahasiswa kita. Mahasiswa yang bermain kelihatan bergembira ketika sedang berada dalam gelanggang terutama apabila melihat telatah rakan-rakan yang lucu. DPMZ berharap mahasiswa terus mengamalkan gaya hidup sihat serta terus menjadikan sukan sebagai cara mengukuhkan ukhuwwah Islamiah sesama rakan-rakan. "Akal yang baik lahir dari tubuh badan yang baik"

Sebarang pertanyaan mengenai sukan Sepak Takraw di Zagazig boleh menghubungi Sdr Zulfiqar Akram di talian 0114-6794867

Taji.... Amirul Adli tidak melepaskan peluang untuk melibas bola tanggung.

Tandukan emas.... usaha Nasuha berjaya memberi mata.

Ganas.... "tekong besi" sedang melakukan servis ke kubu lawan.

"Ambil ini".... aksi rejaman tanpa balas dari Anas Kamaruldin.

Siap sedia.... Lokman dan rakan-rakan sedang memasuki gelanggang.

Cantik.... aksi gulung yang menarik dari Syahmi.

Petik bola.... Afandi sedang cuba "melayan" bola sambil diperhatikan rakan sepasukan Zakhiruddin dan Nasuha.


0 comments:

Sahabat