Wednesday, October 19, 2011

Takziah kepada Saudara Khairul Muttaqin Bin Abdul Ghani sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 3:01 PM No comments


 Gambar hiasan

Assalamualaikum wbt. Innalillahi wainna ilaihi rajiunnn. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Firman Allah SWT:


Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

Surah Al-Baqarah, ayat : 156

Barisan kepimpinan AJKT DPMZ sesi ini  dan seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Saudara Khairul Muttaqin Bin Abdul Ghani (Tahun 2, kuliah Perubatan) sekeluarga di atas pemergian kekandanya (Zairul Aftanuddin Bin Abdul Ghani) yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 18hb Oktober 2011 (Selasa). Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah kekanda beliau ditempatkan bersama-sama para solihin dan para anbiyail mursalin di syuraga Allah, InsyAllah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar”

Surah Al-Baqarah, ayat : 153

Semoga Saudara Khairul Muttaqin Bin Abdul Ghani tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah serta memberikan semangat kepada mereka agar dapat menempuhi ujian ini.

0 comments:

Sahabat