Monday, November 21, 2011

Ziarah Mahabbah, DPMZ Turun Padang Memberi Penerangan Jelas Kepada Ahli

Posted by UPP DPMZ On 1:44 AM No comments


ZAGAZIG, 19-20 November 2011- Pihak kepimpinan DPMZ telah mengambil inisiatif khas bersua muka bertemu seluruh Mahsiswa/wi baru pada sesi ini. Ziarah yang deketuai oleh Pengerusi DPMZ tersebut sedikit sebanyak memberi informasi terkini berkaitan DPMZ dan sejarah penubuhannya.

Antara misi yang dibawa ialah penerangan berkaitan DPMZ, PMRAM serta mengajak ahli untuk terus bersama-sama bersatu hati demi memastikan keutuhan hubungan antara ahli dan pimpinan terus tersemai dari setiap peringkat. Di samping itu pihak DPMZ sendiri dapat menyelami setiap permasalahan dan harapan oleh seluruh ahli.

Kunjungan Peringkat pertama khusus untuk mahasiswa/wi (baru) perubatan dan farmasi berjaya direalisasikan oleh kerana kerjasama yang baik dipamerkan  oleh seluruh mahasiswa baru di bumi Zagazig.

Dalam ekspedisi ziarah tersebut, pihak DPMZ turut membekalkan beberapa item antaranya borang kaji selidik, borang bancian perumahan, carta organisasi, beberapa iklan dan risalah khas. Di samping itu juga Pihak DPMZ turut menyertakan borang keahlian DPMZ dan PMRAM untuk diisi oleh ahli.

Ini bertujuan untuk memastikan butir-butir pengenalan ahli dapat disimpan dan disemak oleh DPMZ mahupun pihak keselamatan Mesir jika berlaku perkara-perkara tidak diingini pada masa akan datang.

DPMZ memandang serius perkara tersebut agar perkara-perkara tidak dingini dapat ditangani dengan lancar. Atas sebab tersebut pihak DPMZ sendiri menerangkan terlebih dahulu kepada ahli atas kepentingan mengisi borang tersebut dan reaksi yang dipamerkan oleh seluruh ahli sangat positif.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh mahasiswa baru yang sudi meluangkan masa menyambut ziarah mahabbah yang dilaksanakan di peringkat DPMZ. Segala cadangan yang dilontarkan amat penting untuk DPMZ supaya terus meningkatkan usaha demi memastikan seluruh ahli berada dalam keadaan yang baik dari masa ke semasa.

                       sesi penerangan DPMZ, turut serta pasangan mutazawwijin, Saudara Zubair dan Saudari Husna

                                                                   Ziarah ke rumah pelajar tahun 1 Perubatan

                                                Ekspedisi ziarah terakhir ke rumah pelajar Farmasi ikhawah tahun 1

0 comments:

Sahabat