Sunday, January 1, 2012

Isu Mahasiswa, Isu Kita Bersama.

Posted by UPP DPMZ On 3:08 AM 1 comment


Sejak kebelakangan ini kita sering dipertontonkan dengan beberapa isu besar dan insiden yang berkaitan dengan mahasiswa. persoalannya adakah kita peduli mahupun cakna dalam setiap situasi perjuangan yang melibatkan golongan mahasiswa di timur tengah ataupun di tanah air kita sendiri?.

Perlu diingat, suara Mahasiswa merupakan suara keramat, tidak goyah dihujani pelbagai fitnah, tidak gentar diugut meskipun maruah tercalar. Virus kebangkitan mahasiswa kebelakangan ini kian merebak seiring dengan perubahan semasa di sesebuah negara. Tidak pantas jika diri bergelar mahasiswa andai perkara yang berkaitan dengan kezaliman mahupun penindasan kita belum mampu melafazkan walau hanya satu perkataan iaitu, "zalim".

Anak muda adalah pelopor kepimpinan masa hadapan, perkara itu tidak dapat dinafikan lagi. semangat, keberanian, keimanan serta azam yang tinggi adalah modal utama dalam sesebuah perjuangan yang belum tahu bila penghujungnya, namun yang pasti nohtahnya adalah kemenangan selagimana prinsip dan dasarnya tidak berubah.

Setiap isu yang berkaitan dengan mahasiswa adalah isu kita bersama, tidak kira di perlembahan Nil ini mahupun di negara kita sendiri. Yang menjadi penghalangnya adalah situasi. Namun sedemikian bukanlah bermakna kita hanya mampu melihat dan mendiamkan diri sahaja.

Kebangkitan golongan muda khususnya mahasiswa merupakan satu titik permulaan dalam satu perubahan. Kuasa mahasiswa amat besar pengaruhnya dalam sesebuah negara, tidak hairanlah jika sesetengah negara melalui fasa perubahan dari segenap sudut akibat dari suara dan kuasa golongan muda dan mahasiswa yang inginkan keadilan dalam sesuatu perkara.

Mahasiswa selama ini bukanlah mati, akan tetapi mereka sedang asyik lena dibuai mimpi. Kesedaran tidak singgah di sanubari mereka dalam keadaan mereka melihat tetapi hanya membisu seribu bahasa. Adakah layak bergelar MAHASISWA jika hanya mampu menjadi pemerhati? jawapannya ada pada perenggan yang ke dua.

Sahabat sekalian, kejutkanlah mereka, jangan biarkan mereka terus dibuai lena bimbang nanti mereka terjaga sendiri tanpa daya. Kita bersama-sama mengejar cita-cita, ingin berjaya dalam bidang pengajian yang diceburi dalam masa yang sama ingin berjaya merubah masyarakat islam bilamana terjun dalam kelompok masyarakat umum satu hari nanti. Di sini adalah medan pertama, medan mengislah dan mentajdid minda golongan mahsiswa.




1 comments:

kalau betul rase hendak berjuang,jangan jadi hipokrit..takut biasiswa kena tarik tak berani nak berjuang secara terang terangan..tak nak gambar adalah dalam sebarang aktivi pembangkang..especially student medic zagazig..kalau betul hendak berjuang,jangan fikir semua tu..kalau anda berjuang di landasan yang betul insyaallah akan dapat bantuan allah..pimpinan dpmz bising x nak berpolitik walhal dalam diam2 recrut student2 untuk join group politik secara tersembunyi..kononnya akan mendapat tugasan dari pimpinan p-s di malaysia..muhasabahlah diri korng..

Sahabat