Wednesday, January 11, 2012

Situasi Di Syria : PMRAM Terus Berhubung Dengan PPMS

Posted by UPP DPMZ On 4:21 PM No comments



KAHERAH, 10 Jan - Situasi di Syria kini semakin melarat dengan bilangan terkini bahawa kematian rakyat Syria yang terlibat dalam demontrasi semakin meninggi. Ekoran itu, isu semasa yang berlaku di Syria menjadi tumpuan seluruh masyarakat Islam khususnya di seluruh dunia. 


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) juga tidak terlepas dalam mendapatkan isu-isu terkini di Syria serta sentiasa mengebahkannya kepada mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir melalui Unit Kemanusiaan di dalam blog rasminya www.map2care.blogspot.com.

Hal ini merupakan salah satu pembawakan PMRAM bagi memastikan ahli PMRAM akan terus cakna isu semasa umat Islam mengenai apa yang berlaku. Bahkan dalam masa yang sama, PMRAM terus menyebarkan maklumat semasa berkenaan isu umat Islam di Palestin.

Ekoran situasi terkini di Syria, Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili Saiman telah berhubung dengan Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS), Saudara Anwar Majdi bagi mendapatkan laporan keselamatan khusus berkenaan mahasiswa Malaysia di Syria. 

Dalam perbualan tersebut, Pemangku Presiden PPMS menyatakan bahawa keadaan mahasiswa Malaysia di Syria masih dalam keadaan yang selamat dan pengajian mereka masih diteruskan seperti biasa. Namun mereka diminta untuk terus berhati-hati terutama pada Hari Jumaat, kerana rakyat Syria akan mengadakan demontrasi pada setiap Hari Jumaat.

Selain itu juga, beliau memaklumkan bahawa tempoh pentadbiran bagi PPMS kini dilanjutkan ekoran situasi yang tidak menentu ini. Dan kini, pihak PPMS menunggu hari yang sesuai dan teknikal yang sesuai bagi menggantikan pentadbiran yang sedia ada. 

"PMRAM akan terus memberikan bantuan sekadar yang termampu kepada pihak PPMS dalam setiap bantuan yang diminta. PMRAM juga meminta agar pihak PPMS terus tabah dengan situasi di tempat mereka sekarang serta terus menjadi persatuan induk di sana dalam menjaga kebajikan mahasiswa Islam Malaysia di Syria," jelas Presiden PMRAM.

Pihak PPMS akan sentiasa memberikan kerjasama penuh untuk menyatakan laporan semasa berkaitan mereka kepada PMRAM. Segala permasalahan yang besar akan dimaklumkan kepada PMRAM yang menjadi Ketua bagi Solidariti Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) dan juga dengan rakan-rakan SMATT yang lain.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat