Friday, March 2, 2012

KONVENSYEN DPM KALI KE-4 MELAKAR SEJARAH BUAT SELURUH DPM, BKAN & PMRAM.

Posted by UPP DPMZ On 3:20 AM No comments


ZAGAZIG, 1 MARCH 2012- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjaya merealisasikan satu sejarah baru setelah berjaya melaksanakan satu program yang menggabungkan seluruh cawangan BKAN dan DPM iaitu Konvensyen DPM Kali ke- 4 ataupun ABADI' 12 yang bertempat di Dewan Muktamarat Kubra Universiti Zagazig pada hujung februari lepas.

DPMZ selaku tuan rumah bagi Konvensyen sesi ini berasa amat bertuah kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi seluruh pelusuk cawangan DPM dan BKAN yang bernaung di bawah PMRAM untuk memastikan program yang dirancang sekian lama itu dapat dijalankan dengan baik dan berjaya.


Antara slot yang sangat menarik sepanjang konvensyen ini dijalankan ialah forum yang bertajuk, "Menggamit Memori 20 Tahun DPM" yang telah disampaikan oleh 3 barisan panelis yang merupakan tokoh PMRAM yang banyak berbakti serta merupakan pendokong kuat PMRAM iaitu Ustaz Zahari Ali, Ustaz Nik Azran Muhamed dan Ustazah Dayang Siti Nuraini.

Kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh semua penelis untuk berkongsi pengalaman bersama seluruh perwakilan DPM dan BKAN tentang sejarah serta jerih perit pendokong terdahulu demi memastikan suvival PMRAM dalam memberikan segala bentuk kebajikan kepada seluruh anak melayu di bumi kinanah ini suatu ketika dahulu.

Antara pengisian yang menarik perhatian juga adalah pembentangan kertas kerja yang bertajuk "Mahasiswa Islam Memimpin Kebangkitan Ummah" yang disampaikan oleh 2 orang pengisi yang dikenali umum dengan ketokohan mereka iaitu Ustaz  Hairul Nizam Mat Husin dan Dr. Tengku Fakhruddin Tengku Md Fauzi.

Selain itu, turut diselitkan pengisian perbincangan 2 hala yang dikendalikan oleh pengarah program sendiri iaitu Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien dan Saudari Atiyqah yusoff. Slot kali ini sangat menarik sekali kerana para perwakilan diberi peluang untuk melontarkan cadangan serta inisiatif terhadap isu yang berbangkit ketika ini iaitu masalah penghantaran mahasiswa ke muhafazah.

Ianya satu pendekatan yang baik oleh  PMRAM kerana dapat mencungkil idea dari seluruh ahli dari BKAN dan DPM demi memastikan masalah yang timbul diperingkat pusat dapat diselesaikan bersama oleh seluruh ahli di cawangan mahupun di peringkat BKAN. Penghujung Majlis diserikan lagi dengan persembahan sajak dan juga nasyid dari kumpulan Al-Wadi.

Di kesempatan ini, DPMZ mengucapkan jutaan penghargaan kepada PMRAM kerana memberikan kepercayaan kepada pihak DPMZ untuk menjadi tuan rumah sekaligus memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Di samping itu, jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan juga diucapkan kepada seluruh ahli DPMZ dari perubatan mahupun pengajian islam yang secara langsung mahupun tidak kerana menjadi tulang belakang kepada program ini serta sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan majlis tersebut berkesudahan dengan natijah yang membanggakan.

Tidak ketinggalan juga kepada seluruh perwakilan DPM mahupun BKAN yang bersama-sama menjayakan konvensyen kali ini dan memberi buah fikiran dalam usaha bersama memastikan keunggulan PMRAM terus dipertahankan dan bersama memacu strategi untuk bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul  agar dapat diatasi bersama.






0 comments:

Sahabat