Tuesday, April 10, 2012

RIBAT PERDANA, MUNAJAT KHUSUS SEMPENA IMTIHAN.

Posted by UPP DPMZ On 9:25 PM No comments


ZAGAZIG, 9 APRIL 2012-  Unit Biah Solehah DPMZ di bawah kendalian Unit Dakwan & Pembangunan Insan telah bekerjasama dengan Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMZ bagi menganjurkan Ribat Perdana Khusus buat seluruh mahasiswa/wi yang bakal menempuhi gerbang peperiksaan tidak lama lagi.Majlis kerohanian itu bermula sekitar jam 7.30 pm.

Majlis bermula dengan solat isya' secara berjemaah yang diimamkan sendiri oleh Pengerusi DPMZ, Saudara Zainullah Mohd pauzi dan kemudiannya diteruskan dengan solat sunat hifzi yang diimamkan oleh Saudara Bukhari Muslim dan Saudara Makhzani Abdul Rahim.

Ahli-ahli mengambil peluang ini untuk bermunajat secara berjemaah menunaikan solat sunat hifzi yang bertujuan untuk memperkuatkan ingatan di samping memohon dipermudahkan oleh Allah S.W.T dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Antara program lainnya yang disusun oleh pihak penganjur dalam Ribat Perdana ini ialah tazkirah yang berkaitan dengan solat bersempena dengan pembawakan Unit Biah Solehah pada bulan ini iaitu "Solat Berjemaah."

Saudara Abdul Mukmin Alias yang merupakan penasihat DPM Damanhur telah dijemput khas oleh DPMZ bagi menyampaikan tazkirah tersebut seusai solat sunat hifzi berjemaah dilaksanakan. Majlis Ribat Perdana tersebut berakhir kira-kira jam 10 pm. 

Seluruh barisan kepimpinan DPMZ mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli yang meluangkan masa untuk menghadiri dan menjayakan majlis yang telah dirangcang sendiri di peringkat proksi. DPMZ juga mendoakan agar seluruh ahli dari pelajar Perubatan, Farmasi mahupun Al-Azhar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"






0 comments:

Sahabat