Sunday, May 20, 2012

DPMZ Mengutamakan Kebajikan Ahli

Posted by UPP DPMZ On 1:39 AM No comments


Saudara Ahmad Huzaifah bersama Saudara Muhamad Nasuha 

Jumaat 18 Mei 2012 - Naib Presiden III, Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012, Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi bersama Timbalan Setiausaha, Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPMZ 2011/2012, Saudara Muhamad Nasuha Bin Mohd Zakariah telah berkunjung dan menziarahi ahli DPMZ, Saudara Mohd Shafiq Bin Paridin, Tahun 6 Kuliah Perubatan Universiti Zagazig.  

Saudara Mohd Shafiq beransur pulih selepas menjalani pembedahan tempoh hari

Baru-baru ini, beliau telah menjalani pembedahan ligament pada lutut dan kini beliau dinasihatkan supaya  berehat agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sekarang keadaan beliau beransur pulih dan masih mendapati rawatan susulan di Hospital Universiti Zagazig.

Pihak DPMZ mendoakan agar Saudara Mohd Shafiq Bin Paridin dalam keadaan sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa bagi meneruskan tanggungjawab beliau sebagai seorang pelajar  Perubatan di Universiti Zagazig. 

Saudara Muhammad Nasuha meyerahkan Dana Ehsan DPMZ kepada Saudara Mohd Shafiq

'Mendokong Kebajikan PMRAM'

0 comments:

Sahabat