Monday, May 21, 2012

Melestarikan Tarbiyah di kalangan ahli DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 9:02 AM No comments



Sabtu, 19 Mei 2012 - Majlis Solat Hajat Perdana DPMZ telah diadakan di Rumah Saudari Siti Khadijah Jusoh Khadidi (Imarah Mama Fatimah) khusus mahasiswi Malaysia yang berada di Bumi Zagazig. Majlis ini dikelolai oleh Unit Biah Solehah DPMZ sesi 2011/2012 di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ sesi ini.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendoakan kejahteraan dan kesihatan ahli DPMZ, Saudari Intan Zarina Binti Zawawi, mahasiswi tahun 1, Sains Kesihatan Kuliah Farmasi Universiti Zagazig yang baru ditimpa kemalangan serta mendoakan kesihatan ibu beliau yang sakit di Malaysia. Semoga beliau dan ibunya cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
  
Saudari Nurhidayatul Husna sedang menerangkan kaifiat atau cara melaksanakan solat Sunat Hajat

Majlis ini bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan seterusnya, Solat Sunat Hajat khusus untuk Saudari Intan Zarina dan ibunya serta sempena imtihan yang sedang berjalan sekarang. Selepas itu, Solat Jenazah Ghaib khusus untuk nenek salah seorang ahli DPMZ, Saudari Nuha Binti Nara.

Setelah daripada itu, Saudari Nurul Najuwa Binti Sazali, Timbalan Ketua Unit Biah Solehah DPMZ sesi ini menyampaikan sedikit kalam amanat Pengerusi DPMZ 2011/2012 dan pembawakan UBS DPMZ pada bulan Mei ini iaitu ‘Manfaatkan Media Elektronik’. Kemudian, diadakan tazkirah dan peringatan bersama mengenai ‘Erti Keikhlasan’ yang disampaikan oleh Saudari Nor Amirah Binti Mohd Muhayidin, Ajk UBS DPMZ dan selepas itu, Solat Isyak didirikan secara berjemaah. Selesai daripada itu, sedikit jamuan ringan disediakan oleh tuan rumah dan Unit Biah Solehah DPMZ kepada yang hadir ke majlis itu.

Pihak DPMZ mengucapkan syukran jazilan kepada Ajk UBS DPMZ yang sudi membantu dan menjayakan majlis Solat Hajat Perdana DPMZ di kalangan mahasiswi dan mahasiswi yang hadir walaupun sedang sibuk mengulangkaji pelajaran sempena musim peperiksaan ini. Tidak lupa juga kepada tuan rumah yang memberi keizinan untuk mengadakan majlis ini diadakan di rumah mereka dan sesiapa yang terlibat. Semoga majlis ini dapat mengikatkan lagi silaturrahim sesama muslim dan meningkat kasih sayang antara satu sama lain.

Mahasiswi yang hadir sedang mendirikan solat Sunat Hajat berjemaah 

'Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan'

0 comments:

Sahabat