Tuesday, July 10, 2012

DPMZ MENGECAM KARIKATUR MENGHINA PRESIDEN BARU MESIR SERTA AGAMA ISLAM.

Posted by UPP DPMZ On 2:45 PM No comments



Pihak DPMZ dengan nada tegas mengecam tindakan sebuah akhbar tempatan (MALAYSIA) berhubung karikatur yang dilihat berunsur negatif dan melanggar sensitiviti masyarakat mesir umumnya dan presiden pilihan rakyat iaitu Dr.Muhammad Mursi serta agama islam secara khususnya.


Artikel yang diterbitkan beberapa hari lalu mendapat reaksi negatif daripada pembaca dan tidak kurang juga dari laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Karikatur yang mengambarkan Presiden pilihan rakyat itu berlatar belakangkan patung singa di giza serta piramid yang jelas menunjukkan lambang bulan dan bintang yang merupakan lambang rasmi bagi agama islam.

DPMZ juga berharap agar pihak yang berkenaan memohon maaf secara terbuka dan tidak mengulangi kesilapan serupa oleh kerana sudah beberapa kali insiden seumpama ini berlaku.

Hal ini kerana insiden seumpama ini berpotensi mencalarkan nama baik malaysia serta menimbulkan rasa kurang senang masyarakat islam serata dunia berkaitan isu tersebut. Ianya tidak kurang juga menyinggung perasaan rakyat mesir yang memilih Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden mereka yang sah ketikamana pilihanraya Presiden baru-baru ini.

Pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam negeri (KDN) juga haruslah lebih mengawasi tindakan sesetengah akhbar dan stesyen Tv tempatan daripada terus bermain dengan isu yang boleh menggugat maruah dan sensitiviti mana-mana pihak lebih-lebih lagi hal yang melibatkan agama.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Muhammad Amirul Hafiz Bin Hassan
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan
Dewan Perwailan Mahasiswa Zagazig 2011/2012

0 comments:

Sahabat