Tuesday, July 10, 2012

Hisbah DPMZ Mengajak Ahli 'Amar Makruf Nahi Mungkar'

Posted by UPP DPMZ On 2:31 AM No comments


Ketua Hisbah DPMZ bersama Pengerusi DPMZ dan AJKT DPMZ

Zagazig, 5 Julai 2012 – Hisbah Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2011/2012 telah mengadakan jaulah Hisbah di rumah ahli bagi ikhwah sahaja. Jaulah ini diadakan selama tiga hari (3, 4 dan 5 Julai 2012) selepas Zohor hingga sebelum Maghrib.

Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan untuk jaulah ke rumah ahli. Jaulah ini bertujuan untuk memberi penerangan etika Hisbah yang ditetapkan, mengedar risalah Simbiosis Hisbah DPMZ dan mengambil sebarang cadangan dan muhasabah bagi Hisbah sesi ini sebagai penambahbaikan Hisbah untuk masa akan datang.

 Penerangan disampaikan oleh Pengerusi DPMZ

Pihak HIsbah DPMZ mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kehadiran anggota Hisbah ke rumah dan kerjasama dalam menangani sebarang permasalahan Hisbah dikalangan rakyat Malaysia yang berada di bumi Zagazig.


Harapan pihak Hisbah DPMZ kepada warga DPMZ yang berada di sini, sama-sama kita mengajak ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemaksiatan ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’. Sebarang permasalahan yang berlaku bolehlah hubungi Ketua Hisbah DPMZ yang baru, Saudara Muhamad Zul Azri bin Zainal dan mana-mana anggota Hisbah DPMZ sesi ini.

 Sesi bergambar anggota Hisbah dengan ahli bait yang dikunjungi

“HISBAH Tanggungjawab Bersama”

0 comments:

Sahabat