Monday, July 9, 2012

Elakkan Penggunaan Elektrik yang tinggi

Posted by UPP DPMZ On 1:04 AM No comments


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang dalam melaksanakan tugas selaku hamba , selawat dan salam buat Junjungan Besar   Baginda SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Sejak kebelakangan ini  , Zagazig dikejutkan dengan masalah  kenaikan bil elektrik bulanan  yang telah berlaku di beberapa kediaman mahasiswa / wi  yang mana  isu ini telah   membebankan sebahagian  mahasiswa / wi untuk menjelaskan bayaran tersebut. Bermula   Februari 2012,  masalah  kenaikan bil elektrik bulanan telah berlaku dengan kadar jumlah yang tinggi terhadap sebahagian kediaman mahasiswa / wi zagazig sehingga mencecah jumlah ribuan dan ia mengejutkan ramai pihak dikalangan mahasiswa / wi d sini.

Melihat kepada permasalahan ini , bagi pihak DPMZ amat bertegas dalam menyelsesaikan isu ini demi memastikan survival kebajikan mahasiswa / wi di sini terus terjaga. Apa yang lebih membimbangkan ialah jika sekiranya ada sebahagian pihak tempatan yang mengambil kesempatan terhadap suasana dan kehidupan mahasiswa / wi Malaysia di bumi Zagazig ini berikutan hanya sebahagian kediamanan yang menghadapi permasalahan ini.

Oleh hal yang demikian , pihak DPMZ  telah menyusun dan melaksanakan beberapa tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan permasalahan ini dan jika sekiranya ia masih berterusan pihak DPMZ melihat ia sebagai satu bebanan kos  yang perlu ditanggung oleh mahasiswa / wi berkenaan dan akan menyebabkan timbul permasalahan yang lebih besar terhadap tumpuan pembelajaran mahasiswa / wi disni. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah :
  • Berunding dengan pihak penganalisis bacaan meter jika sekiranya ada bacaan meter telah diubah suai oleh pihak tertentu.
  • Berunding dengan syarikat elekrik untuk memastikan bacaan meter adalah sama.
  • Berbincang bersama pemilik rumah untuk memastikan tidak ada sebarang unsur-unsur penggunaan elektrik daripada pihak tertentu terhadap kediaman mahasiswa / wi.
  • Berbincang bersama mahasiswa / wi berkenaan untuk menjelaskan situasi dan modus operandi yang telah digunakan oleh pihak syarikat dalam menganalisis penggunaan elektrik bagi setiap kediaman.
Selain daripada itu , pihak DPMZ telah mendapatkan cara pembacaan penggunaan elektrik bagi setiap kilowatt per jam  sebagaimana berikut :

kW/j
LE
200
20
250
28
300
36
350
44
400
57
450
69
500
81
550
93
600
105
650
117
1000
251

Selain itu , pihak syarikat  juga  ada melaksanakan sistem bacaan meter  berbentuk tunggakan  yang diistilahkan sebagai taraqqum ‘addad  ( bacaan meter yang tinggi pada musim sejuk dibawa ke bulanan bukan musim panas ).  

Bacaan meter yang banyak sehingga melebihi 1000 kW/j adalah berpunca dari penggunaan barangan elekrik yang bersifat penggunaan tinggi seperti pemanas udara ( difayah ), pemanas air ( sakhonah ) dan cerek elektrik. Oleh hal yang demikian , para mahasiswa / wi dinasihatkan agar dapat menjimatkan penggunaan elektrik bagi barangan yang bersifat penggunaan tinggi sebagaimana disenaraikan. Justeru itu dinasihatkan juga kepada mana-mana mahasiswa / wi yang akan pulang ke Malaysia supaya dapat memastikan sistem  penggunaan elektrik dimatikan kerana dibimbangi ia  mempengaruhi nilai kos penggunaan elektrik bulanan. Sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan mestilah dilaporkan kepada ketua unit perumahan DPMZ di talian 01116230588.

“ Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan ”

Muhammad  Anas Bin Ridzuan
Ketua Unit Perumahan ,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011 / 2012

0 comments:

Sahabat