Monday, July 23, 2012

Fobia Hijab : Sempena Memperingati Serikandi Hijab:Dr.Marwah Al Syarbini

Posted by UPP DPMZ On 2:23 AM No comments



Pada 1 hb.Julai 2009, dunia dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan seorang Muslimah yang mati di tempat kejadian setelah ditikam sebanyak 18 tikaman oleh seorang pemuda Jerman berbangsa Russia dalam Mahkamah Jerman ketika membicarakan kes pemuda tersebut yang mengganggu dan menghina beliau semata-mata kerana bertudung.

Muslimah ini bernama Dr. Marwah Al Syarbini berasal daripada Alexandria,Mesir. Seorang ibu muda yang berusia 32 tahun ini mempunyai seorang anak yang berumur 4 tahun dan ketika itu sedang mengandung 3 bulan dan dalam masa yang sama apabila suaminya yang ingin membantu mengelakkan daripada beliau ditikam, telah ditembak oleh Pasukan Keselamatan Jerman mengakibatkan cedera parah dengan alasan pasukan tersebut tersilap tembak. Suami beliau dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Allahyarhamah menetap di Jerman mengikut suaminya yang mendapat Biasiswa PHD dalam bidang Kejuruteraan Genetik. Beliau dikenali sebagai Pakar Farmasi dan seorang yang suka melibatkan diri dalam amal kebajikan. Mereka mengharungi kehidupan di Luar Negara dengan persekitaran baru yang cukup mencabar ditambah pula dengan perbezaan warna kulit dan agama.

Punca tercetusnya kes ini ialah apabila beliau telah diganggu ketika menemani anaknya yang sedang bermain di Taman Permainan Kanak-kanak dengan hanya meminta agar anaknya turut diberi peluang untuk bermain buaian dan beliau ditohmah sebagai 'Muslim Terrorist' oleh Axel W (28 tahun) yang merupakan jirannya. Apabila keadaan ini berlaku berulangkali, jiran-jiran beliau menasihatkan agar Marwa mengambil tindakan undang-undang terhadap Axel W, malangnya berlaku peristiwa di luar jangkaan manusia..ketika proses pembicaraan, Axel berhati binatang tiba-tiba menikam Marwa bertalu-talu sebanyak 18 tikaman , tanpa menilai bahawa mangsanya adalah seorang wanita yang lemah tetapi bersemangat waja. .Dialah Serikandi Hijab..Marwa Al Syarbini..Al Fatihah!

FOBIA HIJAB DI LUAR NEGARA

Dulu, kini dan selamanya...konspirasi musuh ISLAM bertali arus dengan tindakan yang begitu licik untuk menghancurkan Islam dan Umat Islam. Bagi mereka, maruah Umat Islam bagai buih di lautan, Negara Umat Islam bagai tanah gadaian dan warisan Umat Islam mudah diwarnai dengan berbagai corak mengikut mesin cetak ciptaan mereka. 

Memerangi Hijab adalah antara agenda mereka. Dalam situasi fenomena kedangkalan aqidah dan lemahnya iman dikalangan muslimin dan muslimat, mereka mengambil kesempatan ini untuk mencorakkan kekeliruan dan keraguan agar syariat Islam terpinggir daripada Umatnya.

Berikut adalah antara usaha musuh Islam yang cuba menanggalkan maruah Muslimat :

- Pada Julai 2007, Holland telah mengharamkan Muslimat memakai tudung dan menjatuhkan hukuman penjara selama 12 hari atau denda sebanyak 3350 euro.

- Jack Sherk Presiden Perancis pada masa itu adalah orang pertama yang menyokong Kempen Mengharamkan Hijab. Beliau menegaskan bahawa Perancis menjalankan Undang-undang Sekular dan memakai tudung adalah satu unsur permusuhan yang jelas.

- Menteri Pendidikan Kosovo telah menetapkan Undang-udang membuang pelajar-pelajar yang memakai tudung daripada sekolah.

- Syaima` seorang pelajar di sebuah sekolah di Daerah Sepanyol telah dibuang sekolah kerana memakai tudung dengan alasan berhijab menafikan dasar sekular yang dilaksanakan oleh sekolah tersebut.

- Serangan terhadap hijab tidak setakat di sekolah-sekolah dan di tempat  kerja tetapi meluas sehingga ke gelanggang sukan. Di Kanada, muslimat dilarang memakai tudung dalam perlawanan sukan dengan alasan berhijab akan mencatatkan pergerakan ketika bersukan.

- Pada Ogos 2007 Mahkamah Jerman  memberi amaran larangan berhijab kepada guru-guru di Jerman sedangkan bilangan muslimin 1\3 daripada penduduk Jerman.

- Paderi Besar di Europah menyatakan kebimbangannya terhadap pemakaian hijab muslimat.

- Kerajaan Tunisia menganggap pakaian Islam yang mengikut Syariat adalah pakaian yang bersentimenkan  kepuakan, sehingga menghalang mereka memasuku Universiti, menduduki peperiksaan dan meghalang mereka daripada mendapatkan rawatan di hospital-hospital umum. 

- Di Mesir pula, muslimat bertudung di halang daripada bertugas di pejabat-pejabat Kementerian Luar Negara. Juruhebah yang bertudung di Jabatan Penyiaran Mesir akan ditukarkan bertugas ke bahagian pejabat dan pramugari bertudung dipaksa menanggalkan tudung ketika bertugas di udara.

- Kementerian Pendidikan Turki telah membuang kerja seorang guru sekolah selama 3 bulan dan disekat gajinya kerana memakai tudung.

- Di Morocco telah menguatkuasakan pemeriksaan keluar masuk muslimat berhijab dan mula memberi tekanan kepada pekerja-pekerja wanita yang berhijab.

- Negara Barat sengaja membuat replika hijab yang  diletakkan di tempat membuang air kecil tandas lelaki sebagai tanda penghinaan terhadap hijab. 

- Kes muslimah di Perancis didenda sebanyak 150 Euro kerana memakai niqab dan suami yang menyuruh isterinya memakai niqab akan dipenjara selama setahun dan dikenakan bayaran sebanyak 30 ribu Euro.

ANALISIS & KESAN POSITIF

Mengikut analisis Media Morocco, wanita yang bertudung di Morocco bukan  sahaja di kalangan Muslimat tetapi 84% tudung  dipakai oleh golongan wanita Kristian, 64.9% memakainya disebabkan kerana  menganut agama kristian, 17.2% bukan sebab agama. 75% dikalangan wanita Kristian menganggap hijab adalah tanda sebagai wanita Islam.  Nisbah wanita yang berhijab hanya 40% sahaja. Dalam satu kajian yang lain pula, lebih 57% wanita berhijab dengan hijab yang tidak cukup syarat dan setakat ini tidak ada statistik yang tepat melainkan hanya 33% sahaja pekerja wanita yang berhijab.

Majoriti negara-negara Barat menyerang pemakaian hijab dan melarang mereka membuat sebarang perhimpunan. Tetapi di sana ada sebilangan kecil di kalangan negara Barat yang mempunyai kesedaran dan memandang positif terhadap apa yang berlaku. Di antaranya ialah Menteri Dalam Negara Itali Goliano Amato menjelaskan sikapnya terhadap hijab, beliau menolak penentangan terhadap hijab yang dipakai oleh muslimat di negaranya dengan hujjah bahawa Siti Mariam memakai hijab dan belliau menegaskan bahawa ini merupakan bentuk penentangan yang  bahaya boleh mencemari thaqafah golongan Kristian.

Analisis terakhir yang dibuat oleh  R.S.21 di Sepanyol bahawa 57% muslimin yang berhijrah ke negaranya bersetuju wanita memakai hijab. Hasil kajian yang dibuat oleh beberapa Institusi Kajian di Britain, dalam kegentingan serangan terhadap hijab di Britain, pada masa yang sama sebanyak 75% pemuda Islam yang lebih selesa hidup dengan syariat Islam  menyokong wanita berhijab adalah  sebagai satu keutamaan, berbanding dengan golongan yang berumur 55 tahun ke atas hanya 25% sahaja yang menyokong.

Walaupun larangan berhijab ini berkuatkuasa di Turki, namun pemakaan hijab ini berleluasa dikalangan muslimat di merata dunia. Mengikut bancian, dii Turki seramai 3/4  (75%) wanita Turki yang berhijab dan bilangan ini meningkat 5 kali ganda dalam sekitar 4 tahun. Amat membanggakan lagi apabila Parti Keadilan Turki telah berjaya membawa kes larangan berhijab ini ke Parlimen Turki dan telah mendapat persetujuan wanita boleh memakai hijab di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi sahaja. Sekalipun hanya setempat sahaja yang diizinkan, tetapi ini adalah satu kejayaan yang besar kerana dapat menembusi Undang-undang Sekular Turki yang selama ini melarang Muslimat berhijab.

Dalam awal 80-an sehingga 90-an, pemakaian hijab di kalangan remaja berleluasa di Mesir. Keberjayaan pendakwah dalam Kempen menutup aurat ini berterusan  sehungga di Pusat Penyiaran Mesir menyebabkan ramai di kalangan artis Mesir menutup aurat dan meninggalkan kerjaya dunia hiburan mereka.

Kes larangan muslimah memakai niqab di Perancis telah menarik perhatian Rasyid Nekkaz seorang Jutawan Perancis sanggup menyumbangkan 1 juta Euro kepada mana-mana muslimah yang didenda oleh Mahkmah Perancis kerana mempertahankan niqabnya.(kes Larangan memakai Niqab Perancis: 11 April 2011).

HAKIKAT KEDENGKIAN MUSUH ISLAM
Firman Allh SWT yang bermaksud:

"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran."

 (Al Baqarah: 109)

Umat Islam hendaklah yakin bahawa Allah SWT tetap memberikan NusrohNya walaupun serangan terhadap hijab ini semakin kritikal.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci." 

( Al Shoff: 8)

LAYAKKAH KITA MENDAPAT NUSROH ALLAH SWT ?

Sebagai insan yang yakin dengan
 nusroh (pertolongan) Allah, kita mesti ingat bahawa kita bukanlah lagi di zaman Abrahah, kerana  nusroh Allah tidak akan datang tanpa ada syaratnya sebagaimana dinukilkan oleh Dr. Yusof Al Qardhowi dalam kitabnya   "Generasi Gemilang yang diharapkan", beliau mengatakan bahawa 3 syarat kelayakan untuk mendapatkan Nusroh Allah ialah:

PERTAMA
 Sesungguhnya Nusroh hanyalah daripada Allah SWT

 
Firman Allah SWT  yang bermaksud :

" Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah selepas itu?. Kerana itu hendaklah kepada Allah sahajalah orang-orang Mukmin bertawakkal. ".

(Ali Imran : 160)

KEDUA
 Sesungguhnya Allah tidak akan membantu seseorang melainkan sesiapa yang membantu agama Allah

Firman Allah SWT  yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
 

(Muhammad : 7)

KETIGA - Sesungguhnya Bantuan itu hanya layak untuk orang-orang yang Beriman sahaja.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dialah yang memperkuatkanmu dengan  para Penolong-Nya dan dengan para Mukmin. Dan yang menyatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)."

 ( Al Anfaal : 62-63)

Firman Allah SWT  yang bermaksud :

"lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya."

(Al-Ahzab : 9)

Dengan catatan yang serba ringkas ini moga kita mendapat manfaat dan meraihnusroh
 Allah SWT dalam proses mewakafkan diri untuk ISLAM tercinta.

Wallahu a`lam

Disusun oleh:

Al Faqirah Ilallah -
Dayang Siti Noraini Awang Damit Yahya
Felo MANHAL PMRAM 2012

Rujukan:

- Al Quran dan terjemahan.
- محارب الحجاب جؤء من الهجوم على الاسلام m.s.48 - Majalah Al Tibyan edisi 44 bulan Mac 2008- Syarikat Al Ahram Mesir.
- Al Jil Al Nasr Al Mansyud ( Dr. Yusof Al Qardhowi ) 

Sumber : manhal-pmram

0 comments:

Sahabat