Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Sya'ban Petanda Hampirnya Ramadhan

Posted by UPP DPMZ On 9:48 PM No comments



ZAGAZIG, 15 Julai 2011 - Bersempena kehadiran nisfu Sya'ban yang dinanti-nanti oleh umat Islam, pihak DPMZ melalui unit Dakwah Dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Majlis Malam Nisfu Sya'ban di Dewan Darul wehdah.

Bermula pada jam 7.30 malam, para hadirin menunaikan solat sunat Hajat sejurus selepas solat Maghrib berjemaah di Masjid Salam bagi ikhwah dan di Dewan Darul Wehdah bagi akhawat. Solat sunat Hajat pada kali ini bertujuan bagi mendoakan agar Allah melindungi kita dari aniaya orang-orang yang zalim.


Turut diselitkan pada majlis tersebut, majlis bacaan Yasin kemudian disusuli dengan Ceramah Nisfu Sya'ban yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Zaidan Abu Samah, Mantan Pengerusi DPMZ sesi 2006/2007.

Di ceramah tersebut, beliau berkongsi bersama para hadirin hadith-hadith yang menceritakan tentang peristiwa yang berlaku dalam malam nisfu Sya'ban serta fadhilat-fadhilat beramal di dalamnya.

Di samping itu juga beliau menekankan betapa pentingnya bagi kita untuk mempunyai persediaan bagi menghadapi Ramadhan yang semakin hampir. Justeru, beliau mengingatkan hadirin tentang 5 persediaan bagi menghadapi Ramadhan, iaitu puasa, solat, zakat atau sedekah, pembacaan Al-Quran serta semangat jihad.

Sebagai penutup, alunan doa dibacakan oleh beliau di akhir ceramah yang terkandung kalam-kalam taubat membuat hadirin tersentuh sehingga ada yang menitiskan air mata.

Penceramah juga merupakan Mantan Ketua Bait Muslim bagi tahun 2010.





0 comments:

Sahabat