Monday, December 3, 2007

Ramah Mesra Bersama Professor & JPMK

Posted by UPP DPMZ On 7:20 PM No comments

Hayyu Salam, Zagazig - 3 Nov : Sekali lagi JPMK mengadakan lawatan beramah mesra ke Zagazig. Namun, perjumpaan kali ini lebih merupakan ceramah nasihat & motivasi perangsang kepada mahasiswa-mahasiswa yang sedang menyambut fatrah imtihan. Antara yang hadir, Ust Amri mengiringi Prof Madya Dr Muhd Fauzi Muhamad dan Prof Rahim Md Sail, di mana kedua-dua mereka merupakan professor di universiti tempatan Malaysia.

Prof Madya Dr Muhd Fauzi Muhamad, bekas graduan Mesir, dalam ucapannya, beliau amat mengharapkan para mahasiswa kini belajar bersungguh-sungguh untuk pulang berkhidmat di tanah air. Beliau sedikit sebanyak memberikan rangsangan minda kepada mahasiswa dengan berkongsi pengalaman beliau semasa belajar dahulu. Beliau membandingkan situasi dahulunya semasa beliau menuntut di Mesir, pelajar lepasan Azhar tidak mendapat tempat (tidak diiktiraf) di Malaysia berbanding sekarang lebih diterima. Malah skop pekerjaan pula, tidak pula tertumpu kepada satu cabang sahaja, malah lebih meluas kini. Bagi beliau, masalah bukan halangan untuk meneruskan pelajaran, kerana beliau pernah belajar di mesir sewaktu peperangan suatu ketika dahulu.

Seterusya pula, mahasiswa DPMZ berkongsi pengalaman dan pendapat bersama Prof Rahim Md Sail, bekas graduan Amerika. Beliau mengingatkan semua bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan kerana sesuatu kejayaan itu memerlukan usaha yang setimpal dengan hasilnya. Bagi beliau, sebagai anak nelayan, bukan penghalang baginya untuk memperoleh kejayaan. Beliau juga acapkali mengingatkan mahasiswa agar senantiasa meletakkan matlamat hidup berserta jangka masa untuk kecapinya. Ini penting supaya mahasiswa mempunyai hala tuju masing-masing.

Majlis ini, berakhir dengan Solat Maghrib serta jamuan makan malam. Semasa jamuan makan, Prof Madya Dr Muhd Fauzi Muhamad sempat mengedarkan borang kaji selidik kepada pelajar lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berkenaan dengan keberkesanan sistem P&P STAM. Beliau dalam usaha menyiapkan satu kajian soal selidik untuk dijadikan cadangan menaiktaraf sistem pengajian tersebut.






Biodata Khas:

Nama: Prof Madya Dr Muhd Fauzi Muhamad
Tarikh & Tempat Lahir: 24 Sept 1945, Kelantan
Lulusan:
1) B.A. Syariah Wal Qanun - Nilam Puri, 1970
2) M.A. Syariah Wal Qanun - Al-Azhar, 1973
3) Dip. Pendidik - Ain-Shams University, 1974
4) Ph.D. Syariah Wal Qanun - 1975
Motto: Usaha Keras Asas Kejayaan

Nama: Prof Rahim Md Sail
Tarikh & Tempat Lahir: 11 Apr 1946, Melaka
Lulusan:
1) Dip. Pertanian - 1969
2) B.Sc Pertanian - University of California, Davis, USA, 1974
3) M Sc Adult & Continuing Education - University of Wisconsin, USA, 1975
4) Ph.D. Adult & Continuing Education - University of Wisconsin, USA, 1983
Motto: Tiada Jalan Pintas Untuk Mencapai Kejayaan

0 comments:

Sahabat