Sunday, December 2, 2007

Liqa' Bersama Pihak Keselamatan Mesir

Posted by UPP DPMZ On 4:14 PM No comments

Pertemuan demi pertemuan, perjumpaan demi perjumpaan, begitulah rutin harian tugas sebagai seorang Mandub PMRAM di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig yang sentiasa mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan pihak Amnu Daulah Mesir. Sehinggakan, Pengerusi DPMZ terpaksa berjumpa dengan pihak Amnu Daulah sebanyak 3 kali sehari dalam satu masa. Tugas sebagai seorang Pengerusi DPM bukanlah suatu tugas kecil yang dipandang rendah oleh sesetengah pihak, tetapi ianya merupakan suatu amanah yang besar dan berat. Baru-baru ini, DPMZ di Dewan Dar-As-Salam menerima kunjungan daripada pihak Amnu Daulah bagi mengambil beberapa keterangan dan maklumat mengenai pelajar Malaysia di bumi Syarqiah ini.

Sudah sekian lamanya, hubungan antara pihak Amnu Daulah dengan DPMZ dan PMRAM tetap utuh walaupun masa semakin kian beredar. Itulah PMRAM dan DPM.Kepercayaan yang tak terbelah bagi yang diberikan oleh pihak Keselamatan Mesir dengan kuasa Mandub PMRAM mampu bergerak secara aktif dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti serta berbagai program yang dianjurkan tanpa sebarang gangguan.Namun,sekiranya terdapat segelintir pelajar yang yang memberikan masalah kepada DPMZ ianya akan mendatangkan seribu satu masalah kepada pihak DPMZ.

Bahkan, dengan kehadiran pihak Amnu Daulah ke Dewan Dar As-Salam baru-baru ini, menatijahkan serta menunjukkan bahawa PMRAM merupakan satu-satunya persatuan pelajar Malaysia yang benar-benar diiktiraf oleh kerajaan Mesir. Pihak DPMZ meyeru kepada semua ahli agar sama-sama kita dapat menjadikan DPMZ ini sebagai medan tarbiyah seterusnya menjadikan "The Making Of Ulama" dengan meletakkan jam'iyah (persatuan) merupakan aset yang yang paling penting dan berharga dalam kehidupan seseorang

Kepercayaan yang diberikan kepada DPMZ melalui Mandub PMRAM iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhamad Mumtaz Harun selaku Pengerusi DPMZ seharusnya kita hargai serta dapat berbangga dengan kesatuan yang kita bina selama ini. Sesungguhnya, dalam kita hidup secara berjemaah ini,dalam keadaan senang mahupun susah seharusnya kita menghadapi bersama-sama dalam menghadapi rintangan dan bukannya kita lari serta membelakangi persatuan.

Sejak 15 tahun, pihak Amnu Daulah telah memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada DPMZ. Hubungan yang erat dan sangat baik antara kedua-dua pihak semesti kita menjaganya dengan sebaik-baiknya. Janganlah sesekali kita cuba untuk mencabar undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Mesir kepada pelajar-pelajar disini, akibatnya setitik nila yang tumpah rosak susu sebelanga. Justeru itu,pihak DPMZ mengharapkan kepada ahli agar bersama-sama dengan DPMZ dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan. Sekiranya kedapatan mana-mana ahli yang lari serta membelakangi DPMZ dalam setiap perkara atau aktiviti ianya akan mendatangkan masalah serta hubungan yang tidak baik kepada Pengerusi DPMZ dengan pihak Keselamatan Mesir. Inilah sebab dan mengapa pihak DPMZ sering mengingatkan ahli agar sentiasa bersama-sama dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig.

Mudah-mudahan diharapkan kita semua sentiasa dibawah naungan Illahi.

0 comments:

Sahabat