Sunday, December 2, 2007

Liqa' Khassah Wakil Kedutaan

Posted by UPP DPMZ On 2:43 PM No comments

Pada 21hb November 2007, sebuah perjumpaan telah diadakan antara pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah dengan pimpinan DPMZ di Dewan Dar As-Salam. Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang baru iaitu Prof Dr Jamil dengan diiringi beliau pada pertemuan itu ialah En Amri Abdullah yang merupakan Pegawai Atase Pendidikan JPMK .

Antara agenda utama pertemuan itu, adalah untuk membincangkan serba sedikit penerangan tentang program Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 November ini, di mana program ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pada pertemuan di Dewan Dar As- Salam, pihak DPMZ juga menerima kedatangan dari pihak Amnu Daulah Zagazig bagi mengambil beberapa keterangan serta maklumat tentang program daripada En Amri Abdullah.Program ini akan berlangsung di Dewan Besar CICC Kaherah yang mana pihak Kedutaan akan menghantar beberapa buah bas untuk menjemput pelajar-pelajar Malaysia di bumi Zagazig ini.

Bagi mahasiswa dan mahasiswi di sini, mereka merasakan cukup bertuah kerana akan dapat bertemu dengan YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Selain itu, pertemuan antara pihak Kedutaan dengan DPMZ merupakan satu jalinan yang sangat baik kerana kedua-keduanya dapat menjalinkan persefahaman serta kebersamaan DPMZ dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah.

Dalam pertemuan tersebut, pihak Kedutaan mengharapkan sangat kepada semua ahli DPMZ dapat menjayakan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia. Pihak Kedutaan telah meletakkan target seramai 3000 orang pelajar Malaysia yang akan menjayakan program Karnival Kerjaya Timur Tengah di Kaherah. Justeru itu, pihak DPMZ mengharapkan kepada semua ahli dapat menghadiri serta menjayakan program tersebut.

Bahkan dalam pertemuan itu juga, pihak Kedutaan dapat mendengar beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak DPMZ ketika berhadapan dengan Pihak Keselamatan Mesir serta beberapa masalah lain yang berkaitan dengan mahasiswa/wi di sini. Begitulah keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak Kedutaan terhadap DPMZ, bahawa sebenarnya DPMZ tidak ada masalah dengan pihak Kedutaan sebagaimana ura-ura yang mengatakan bahawa DPMZ mempunyai hubungan yang dingin dengan Kedutaan.

Semoga dengan pertemuan ini, membuahkan bibit-bibit kejayaan DPMZ dalam merangka gerak kerja amal Islami dengan mudah.

0 comments:

Sahabat