Wednesday, July 4, 2012

PMRAM Sahut Manifesto Presiden Mesir

Posted by UPP DPMZ On 11:18 PM No comments



 KAHERAH, 3 JULAI 2012 : Badan Pengurus PMRAM 2012 telah menjalankan aktiviti membersihkan sampah sarap sekitar halaman luar pejabat PMRAM dan kawasan yang berhampiran dengannya.


Aktiviti ini bagi menyahut salah satu manifesto kerajaan Mesir baru yang dipimpin oleh Presiden Mesir 2012, Dr. Muhammad Mursi iaitu membersihkan sampah sarap di jalanan.

Setelah setahun berlalunya Revolusi 25 Januari , Mesir telah menerima Presiden baru Dr. Muhammad Mursi yang merupakan seorang pakar di dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi dan jua seorang penghafal al-Quran.

Dr. Muhammad Mursi mengumumkan 5 manifesto Presiden Mesir yang akan diselesaikan dalam tempoh 100 hari, manifesto berikut adalah  ;

-Keselamatan yang adil dan undang-undang
-Memastikan kelancaran lalu lintas
-Membersihkan sampah sarap di jalanan dan memulihkan keadaan biologi
-Memberikan royalti roti yang berkualiti dan sihat untuk rakyat
-Mendapat bantuan bahan bakar daripada sumbangan republik

PMRAM selaku sebuah NGO (Non-Governmental Organization) yang berdaftar dengan kerajaan mesir sejak 1964 merasakan tangungjawab ini perlu disokong bersama bagi menjayakan agenda yang memberikan kesan positif kepada rakyat.


Badan Pengurus PMRAM telah memulakan sahutan ini melalui aktiviti membersihkan sampah sarap yang dijalankan semalam, sekaligus dipandang positif dan dipuji penduduk sekitar. Kesemua Badan Pengurus PMRAM telah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dan ia turut dihadiri oleh barisan Penasihat PMRAM 2012.

PMRAM turut menyeru seluruh pelajar-pelajar di Perlembahan Nil agar sama-sama menyahut manifesto kerajaan Mesir baru yang kini menjadi sinar harapan baru seluruh rakyat Mesir.


"Usaha murni sesebuah kerajaan yang memberikan impak positif kepada warganegara dan seluruh rakyatnya sewajarkan dibantu dan disokong agar kebaikan dapat dikecapi bersama", ujar Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz Bin Ali.

Usaha murni ini sewajarnya digembleng bersama agar  kegelapan yang menyelebungi atmosfera Mesir kembali cerah dan menyinar dengan hidayah dan rahmat Allah SWT.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat