Monday, October 8, 2012

Jaulah 6 oktober

Posted by UPP DPMZ On 8:45 AM No comments

6 Oktober, Kaherah - Bersempena cuti umum 6 Oktober bagi seluruh Mesir, Unit Sambutan dan Rehlah DPMZ menganjurkan satu jaulah bagi menjejak peninggalan sejarah yang terdapat di Mesir. Dengan bertemakan "Seiring Melangkah Menerokai Khazanah" semua peserta diberi peluang untuk melihat kesan-kesan sejarah Mesir sejak dari Zaman Kegemilangan Firaun sehinggalah kini.



Peserta jaulah dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah akhawat yang dimusyrifkan oleh Saudari Siti Najuwa Binti Sazali. Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi oleh kumpulan pertama adalah Tugu Peringatan Peperangan 6 Oktober, Masjid Saidina Hussein, dan Piramid Giza.



Manakala kumpulan kedua adalah ikhwah yang dimusyrifkan oleh Saudara Muhammad Zuhaili Bin Zanal Ali. Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi oleh kumpulan pertama adalah Tugu Peringatan Peperangan 6 Oktober, Masjid Sultan Hassan, dan Piramid Giza.




Alhamdulillah kerana jaulah ini dapat merapatkan ukhuwah antara semua peserta yang terdiri dari mahasiswa baru dan mahasiswa lama. Semoga peserta dapat mengambil ibrah dari setiap tempat yang dilawati. Terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK pelaksana kerana bertungkus lumus menjayakan jaulah ini.

0 comments:

Sahabat