Thursday, October 18, 2012

Ziarah Mahabbah : Penerus Ikatan Ukhuwah

Posted by UPP DPMZ On 7:16 AM No comments

ZAGAZIG, 14-17 Oktober 2012- Selepas Ziarah Mahabbah peringkat pertama, baru-baru ini pihak kepimpinan DPMZ telah meneruskan ziarah tersebut untuk bersua muka dan bertemu seluruh Mahsiswa/wi baru pada sesi ini dan baki mutazawwijin. Ziarah yang diketuai oleh Pengerusi DPMZ tersebut sedikit sebanyak memberi informasi terkini berkaitan DPMZ dan sejarah penubuhannya.

Antara misi yang dibawa ialah penerangan berkaitan DPMZ, PMRAM serta mengajak ahli untuk terus bersama-sama bersatu hati demi memastikan keutuhan hubungan antara ahli dan pimpinan terus tersemai dari setiap peringkat. Di samping itu pihak DPMZ sendiri dapat menyelami setiap permasalahan dan harapan oleh seluruh ahli.

Kunjungan Peringkat Kedua ini khusus untuk mahasiswa/wi (baru) perubatan dan farmasi berjaya direalisasikan oleh kerana kerjasama yang baik dipamerkan  oleh seluruh mahasiswa baru di bumi Zagazig.

Dalam ekspedisi ziarah tersebut, pihak DPMZ turut membekalkan beberapa item antaranya carta organisasi, borang bancian perumahan, beberapa iklan dan risalah khas. 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh mahasiswa baru dan pasangan mutazawwijin yang sudi meluangkan masa menyambut ziarah mahabbah yang dilaksanakan di peringkat DPMZ. Segala cadangan yang dilontarkan amat penting untuk DPMZ supaya terus meningkatkan usaha demi memastikan seluruh ahli berada dalam keadaan yang baik dari masa ke semasa.

0 comments:

Sahabat