ZAGAZIG,9 januari 2013 – Pada hari Sabtu yang lalu telah diadakan Madrasah Saidatina Aisyah Siri II, iaitu merupakan lanjutan dari Siri I yang diadakan pada November yang lalu. Program yang dikhususkan untuk para akhawat ini bertempat di dewan baru bermula pada pukul 7.30 malam.
Kehadiran mahasiswi ke program ini agak menggalakkan seperti sebelum ini, memberi perspektif yang baik daripada pihak penganjur bahawa program seperti ini sepatutnya diadakan secara lebih kerap. Penceramah jemputan adalah Ustazah Hanisah Muslim, pelajar Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar, Kaherah. Perbincangan program adalah diambil berdasarkan kitab Fiqh Wanita karangan Dr Saadduddin Mas’ad Hilali yang telah dijemah oleh Ustaz Fawwaz Fadzil.
Jualan buku Fiqh Wanita karangan Dr Saadduddin Mas’ad Hilali turut diadakan pada hari tersebut. Kemudian sesi soal jawab diteruskan selama setengah jam untuk memberi laluan kepada para hadirat yang ingin mengutarakan persoalan atau kekeliruan dalam bab ini. Penyampaian saguhati dan cenderahati disempurnakan oleh pengarah program, Siti Khadijah binti Jusof Khadidi kepada pengisi sebelum program berakhir. Program tamat pada jam 10 malam.

0 comments:
Post a Comment