ZAGAZIG, 12 & 13 Disember 2012 – Pada Rabu dan Khamis yang lepas, Unit pengetahuan dan Pendidikan DPMZ telah menganjurkan Daurah Kitab Risalah Fikriyyah pada menghuraikan Matan Jauharah yang telah disampaikan oleh penulis buku itu sendiri, Ustaz Akli Ahmad penuntut PhD Universiti Al-Azhar. Kitab Risalah Fikriyyah ini adalah terjemahan dan huraian kepada kitab Jauharah At-Tauhid, karangan Imam Al-Laqqani.
Majlis yang diadakan selama dua hari ini diadakan bersempena dengan pembukaan semula Madrasah Imam Syafi’e yang ditangguhkan sementara pada bulan Disember dan Januari yang lepas oleh kerana berlangsungnya musim peperiksaan Kuliah Pengajian Islam dan Kuliah Sains Kesihatan.
Pengajian yang bertempat di Dewan Baru ini yang diberi nama Zagazig Malaysian Student's Hall bermula dari pukul 4 petang 12 Februari dengan dipengerusikan oleh Ustaz Akramin Ishak dan berhenti rehat seketika pada jam 5.30 petang untuk memberi ruang Solat Maghrib dan makan. Kemudian, pengajian diteruskan dari pukul 6.30 malam sehingga 10 malam.
Sambungan pengajian pada keesokannya pula bermula pada waktu yang sama, dan berakhir pada jam 8.30 malam untuk memberi laluan upacara perasmian dewan baru tersebut yang berlangsung selepas daurah kitab berakhir. Penyampaian cenderahati kepada Al Fadhil Ustaz Akli Ahmad telah disempurnakan oleh Pengerusi DPMZ Ustaz Mohd Shobri bin Mat Yaakub pada akhir majlis.
Dipetik dari kata-kata Ustaz Akli dalam pendahuluan beliau di dalam kitab, “redha Allah akan diperolehi dengan mengenal Allah terlebih dahulu melalui akal dan fikiran, di samping perkara-perkara yang lain..”.

0 comments:
Post a Comment