Thursday, March 7, 2013

Gotong-Royong di Masjid Al-Azhar Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 1:53 PM No comments

Zagazig, 7 Mac - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dengan kerjasama Dewan Pengurus Daerah Persatuan Pelajar Dan Mahasiswa Indonesia (DPD PPMI) Zagazig telah melaksanakan gotong-royong bersempena pembukaan masjid baru di Universiti Al-Azhar, Zagazig.

Para peserta telah berkumpul di perkarangan Fakulti Usuluddin dan Dakwah seawal jam 9.00 pagi dengan segala peralatan yang turut disediakan oleh pihak universiti sendiri. Kehadiran peserta yang terdiri dari kalangan mahasiswa Universiti Zagazig telah menunjukkan kebersamaan antara Mahasiswa Dirasat dan Perubatan dalam melaksanakan sesuatu majlis.

Kebersamaan ini menunjukkan tahap keberjayaan usul Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ kali ke-19 yang lepas iaitu “Bersama membina komuniti harmoni dengan tindakan : Pemerkasaan hubungan seluruh mahasiswa/wi di bumi Zagazig dan meningkatkan penghayatan Amal Islami” dan usul Muktamar Thanawi PMRAM kali ke-79 yang lalu "Memperkasa hubungan baik antara mahasiswa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan"

Gotong-royong bermula sekitar jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30 tengah hari dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak universiti.



























































0 comments:

Sahabat