Tuesday, April 2, 2013

Kempen Semarak Syria Peringkat Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 5:31 AM No comments

Zagazig, 1 April - Bersempena Kempen Semarak Syria anjuran Persekutuaan Melayu Republik Arab Mesir, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah Unit Kebajikan dan Kemanusiaan juga turut terlibat dalam menjayakan kempen tersebut.

Kempen yang bermula pada 16 Mac lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Malaysia di Zagazig. Antara aktiviti bagi menjayakan kempen ini adalah Munajat Perdana, kutipan sumbangan kewangan dan kutipan pakaian terpakai untuk diberikan kepada warga Syria yang menjadi pelarian.

Kempen ini tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap saudara seagama di Syria yang telah ditindas genap dua tahun yang bermula pada 15 Mac 2011.

Di kesempatan ini, pihak DPMZ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan kempen ini di peringkat Zagazig sama ada dari segi sumbangan atau doa.

"Sumbangan Kita, Cakna Mereka"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"






0 comments:

Sahabat