Saturday, June 15, 2013

Munajat Untuk Syria

Posted by UPP DPMZ On 10:37 PM No comments


Jumaat, 14 Jun- PMRAM Cawangan Zagazig telah mengadakan Munajat Untuk Syria yang dianjurkan bersama Unit Kebajikan Dan Kemanusia serta Unit Dakwah Dan Pembangunan DPMZ 2012 / 2013. Ia bertujuan mendoakan kesejahteraan rakyat Syria yang dizalimi pemimpinnya iaitu Basyar Assad dan dalam masa yang sama satu dunia turut bersama berhimpun mengingati hari Syria.

Munajat bermula sebelum maghrib dan ia bermula dengan solat maghrib berjemaah beserta Qunut Nazilah yang diimami pelajar perubatan Umar Izzuddin. Selepas itu , solat hajat turut disertakan dan bacaan yassin yang masing-masing diketuai Saudara Zulfiqar dan Saudara Nasuha dengan diniatkan kemenangan bagi umat Islam disana.


 
         Doa senjata orang mukmin menjadi kekuatan umat Islam.

Selepas selesai bacaan yassin, penerangan isu Syria pula dibentang oleh saudara Amirul Adli. Ia memastikan warga Malaysia jelas isu Syria adalah isu amat penting kerana ia berkaitan hak dan batil.
Saudara kita di Syria bukan sahaja dicabuli dan dibunuh , tetapi akidah juga turut cabuli. Kebersamaan warga zagazig disemarakkan lagi dengan tayangan video yang menjelaskan segala-galanya berkenaan keganasan melampau puak Syiah ke atas umat Islam Sunnah di Syria.

            Isu Syria perlu diketengahkan agar ia tidak terkubur begitu sahaja

Program berakhir sekitar jam 9.30malam dan diakhiri solat Isyak berjemaah beserta Qunut Nazilah dan kehadiran warga Malaysia menggalakkan. Semoga munajat ini menyedarkan kita semua sebagai umat Islam yang tidak hanya pentingkan diri sendiri dan sedar peranan selaku saudara seIslam dalam memartabat Kalimah Allah dimuka bumi ini dan menjauhkan khurafat serta kesesatan hasil ciptaan musuh-musuh Islam.


"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"







0 comments:

Sahabat