Ruang
lingkup pentarbiahan Rejab kini semakin menghampiri kita. Sedar ataupun tidak
ia memberikan kita satu isyarat dalam membuat persediaan menghadapi
pentarbiahan Ramadhan.
Jika kita
hayati, lipatan sejarah Islam terlakarnya satu peristiwa agung di mana
pensyariatan Solat dalam Israk Mikraj. Bagaimana kita sendiri mengetahui
pengalaman Nabi Muhammad SAW yang ditemani Malaikat Jibrail AS berhadapan dalam
pelbagai keadaan umat manusia sehingga bersemuka dengan Allah SWT.
Peristiwa
Israk Mikraj adalah perintis bagaimana manusia mendapat satu amanah yang
dipikul sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta. Ibadah Solat yang
disyariatkan memberikan satu pertalian akrab antara hamba dengan pencipta
sekaligus tempat pergantungan selayaknya.
Dalam
pada itu, sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya
solat mencegah daripada perkara keji dan mungkar" maka kesungguhan dalam
menunaikan solat sudah pasti menjadi pendinding kepada perkara yang dilarang
Allah SWT.
Menghayati
sejarah yang berlaku dalam bulan Rejab ini dapat memberikan intipati kepada
kita untuk memanfaatkan kesempatan berada dalam bulan Rejab kali ini.
Bertepatan dengan pembawaan PMRAM sesi 2012 "Memartabat Keilmuan
Memimpin Kesatuan" di bawah subtopik "Memperkukuhkan Sinergi
Dakwah Melalui Tarbiah", ianya sudah pasti memberikan satu
momentum dalam mentitik beratkan tarbiah bagi mengaplikasikan dakwah
untuk masyarakat.
Jadikan
bulan Rejab ini satu medan pentarbiahan jiwa dan akal bagi melahirkan generasi
ilmuwan Islam sekaligus menjadi ikon kepada umat Islam seluruh dunia.
Ahmad Baihaki Rashid
Naib Presiden I
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012
sumber : pmram.org
0 comments:
Post a Comment