Sementara
masa yang masih ada ini, lebih baik jika kita berkongsi sedikit ilmu ataupun
memperingati peristiwa-peristiwa di bulan yang mulia supaya dapat kita memahami
dan mengamalkanya bersama.
Bulan
Syaaban adalah bulan yang mulia dan termasuk di antara tiga bulan yang mulia
iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Yang mana ketiga-tiga bulan tersebut
mempunyai peristiwa-peistiwa yang penting di dalamnya. Masih ingatkah sahabat-sahabat
yang mana peristiwa petukaran arah kiblat adalah peristiwa yang berlaku di
dalam bulan Syaaban, dan peristiwa ini adalah peristiwa yang paling bersejarah
yang berlaku di bulan syaaban.
Dalam
satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang
sahabat yang bermaksud; “Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah,
baginda dan para sahabat besembahyang berkiblatkan Baitulmakdis selama lebih
kurang enam belas atau tujuh belas bulan lamanya. Selepas tempoh tersebut
barulah diturunkan wahyu daripada Allah supaya menyuruh baginda berpalingkan
kiblat ke Mekah”.
Peristiwa
pertukaran kiblat ini berlaku di dalam masjid Qiblatain.Suruhan petukaran
kiblat berlaku ketika mana Rasulullah sedang bersembahyang Asar.
Allah SWT
telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daipada masjid
Al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. ( peristiwa pertukaran kiblat
ini juga ada diceritakan di dalam kitab Universiti Al-Azhar Zagazig tahun satu
).
Selain
daripada itu, dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang dinamakan malam
Nisfu Syaaban yang mana pada malam itu berlakunya petukaran buku catatan amalan
manusia dan dikatakan malam Nisfu Syaaban malam yang diampunkan dosa. Pada
malam Nisfu Syaaban juga, adalah diantara malam-malam yang dikabulkan doa.
Mengikut pendapat Imam asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa
dikabulkan pada lima malam iaitu pada malam jumaat, malam Hari Raya Adha, malam
Hari Raya Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Oleh itu,
sama-samalah kita mensyukuri atas kesempatan yang diberikan untuk melakukan
amal ibadah di bulan Syaaban ini serta mengharapkan Ramadhan tahun ini masih
ada bersama kita untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
SWT.
Wallahua’lam…
Mohamed Zulfiqar Bin Mohamed Akram
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012
0 comments:
Post a Comment