Maidah rahman
atau secara mudahnya hidangan ataupun khemah-khemah juadah berbuka puasa yang disediakan khusus serta bagi meraikan
golongan-golongan yang berbuka puasa. Ini merujuk kepada keberadaan kita di
bumi mesir apabila warga arab seringkali mengadakan maidah rahman sebagai salah
satu perkara yang lazim bagi mereka untuk merealisasikan galakan berbuat
kebajikan di dalam bulan ramadhan.
Sejarah telah
membuktikan bahawa perkara ini atau maidah rahman ini bukanlah perkara baru yang
berlaku kepada masyarakat umat Islam dan telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW
iaitu apabila Rasulullah SAW telah memberikan makanan atau juadah berbuka puasa
kepada golongan kafir yang telah memeluk Islam ketika itu iaitu di Thaif.
Begitu juga
perkara ini telah berkembang daripada permulaan yang dibuat oleh Baginda
Rasulullah SAW kemudian diteruskan oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A pada tahun
71 hijrah apabila Saidina Umar telah membina satu tempat yang dinamakan ‘ Dar
Ad-Dhiyafah ‘ khusus untuk meraikan golongan yang berpuasa pada bulan
ramadhan sehinggalah berkembang kepada zaman ‘ Al wali ‘atau pembesar atau ‘ Muassis Ad-Daulah At-Thuluniyah di
negara Mesir pada tahun ke 4 hijrah iaitu Sultan Ahmad At-Thuluni yang mana
kalau kita lihat kepada sejarah diceritakan bahawa Sultan Ahmad telah membina
satu tempat untuk meraikan mereka yang berbuka puasa yang mana bukan sahaja
pada salah satu hari sahaja dalam bulan ramadhan akan tetapi dijalankan secara
berterusan bermula daripada permulaan ramadhan sehinggalah pada akhir ramadhan.
Diceritakan juga bahawa Sultan Ahmad apabila beliau menyediakan tempat ini ,
maka beliau akan menjemput seluruh umat Islam untuk hadir dan sebelum berbuka
puasa beliau telah berucap dan memberi peringatan kepada umat Islam. Antara
ucapan yang telah beliau ucapkan ialah :
“Bukanlah semata-mata aku menyediakan tempat ini untuk juadah berbuka
puasa , dan bukan perkara itu yang aku inginkan , akan tetapi aku menyediakan
tempat ini adalah untuk aku mengajar manusia iaitu bagaimana jalan manusia
untuk berbuat baik. Dan aku mengetahui manusia ini telah lalai dari
melaksanakan perkara-perkara yang baik ,
maka aku melaksanakan perkara tersebut supaya manusia menyedari akan
kepentingan berbuat baik atau menghidupkan perkara-perkara yang baik yang telah
lama ditinggalkan oleh manusia khususnya pada bulan ramadhan dan aku meyeru
kepada seluruh umat manusia supaya membuka rumah-rumah mereka untuk diterima
oleh para tetamu dan menyediakan makanan-makanan yang baik supaya perkara
tersebut dapat diberikan kepada golongan fakir miskin supaya mereka dapat
merasai sebagaimana orang-orang biasa” .
Oleh hal yang
demikian , maidah rahman adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW yang perlu
dihidupkan khususnya pada bulan ramadhan ini yang mana ganjaran dan
kelebihannya yang terlalu besar sehinggkan Allah SWT menyimpan rahsia kelebihan
ramdhan ini di akhirat kelak. Ini adalah merupakan salah satu daripada hikmah
ramadhan yang tinggi nilainya seluruh alam khususnya umat Islam sehinggalah
membuahkan taqwa yang menjadi nilaian harga diri manusia yang palin bernilai di
sisi Allah SWT. Wallahua’lam.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Mohd Zainullah Bin Mohd Pauzi
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012
0 comments:
Post a Comment