Sunday, August 19, 2012

Tertundukkah Nafsumu?

Posted by UPP DPMZ On 12:01 PM No comments


Sabda Rasulullah SAW : “Puasa itu perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah membua trafas, janganlah berlaku jahil dan jika ada seseorang hendak membunuhnya, hendaklah iaberkata : sesungguhnya aku sedang berpuasa. Demi Tuhan yang diriku dalam tanganNya. Benar-benar bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih disukai Allah SWT daripada bau kasturi, dan meninggalkan makan, minum serta syahwatnya keranaKu. Puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan sesuatu kebaikan itu dibalas sepuluh kali ganda”

Manusia dianugerahi nafsu yang fungsinya bukan sahaja untuk menyeret manusia kepada keingkaran tetapi juga sebagai motivator untuk kehidupan dunia yang lebih baik. Meskipun demikian, kerana sifat semulajadinya nafsu ini yang lebih cenderung ke arah keburukan (as-suu’), manusia juga dilengkapi dengan akal dan hati, yang dengan keduanya manusia dapat menimbang dan membuat perkara yang terbaik buat diri, keluarga dan masyarakatnya dengan berpandukan garisan yang ditetapkan syariat.

Dalam Islam, kita tidak dituntut untuk ‘mematikan’nafsu dengan segala keinginan dan kemahuan. ‘Mematikan’ nafsu berert imembunuh diri kerana semua kemahuan diketepikan sama sekali. Dalam konsep Islam, nafsu mesti ditundukkan kepada ‘kekuatan kebenaran’ agar ia tidak menguasai kesuluruhan kegiatan seseorang itu.

Di akhir Ramadan ini, satu persoalan timbul di benak fikiran seorang insan, tertundukkah nafsu seseorang itu di dalam bulan yang dilimpahi jutaan keberkatan ataupun sekadar mendapat lapar dan dahaga? Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

“Berapa banyak manusia yang berpuasa tetapi tidak memperolehi daripadanya puasa itu kecuali lapar dan dahaga”.

Juga ditimbulkan persoalan, tertunduknya nafsu seseorang itu hanya dibulan Ramadan sahaja ataupun pada bulan-bulan yang lain selepas Ramadan? Kita sering diingatkan peristiwa semasa nafsu diciptakan, nafsu itu akan tertunduk dengan cara sekat makanan dan minuman ke atasnya iaitu berpuasa.

Teruskan ‘lakonan’ dalam bulan Ramadan ini dengan membawanya pada bulan-bulan selepas Ramadan dengan berpandukan ‘kekuatan kebenaran’ melalui al-Quran dan as-Sunah. Mudah-mudahan ianya membuhkan hasil dengan terbentuknya peribadi yang baik dan mulia disisi Allah SWT.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi mukmin yang lebih bertaqwa dan dijauhkan daripada neraka Allah SWT.

Disediakan oleh,

Siti Sarah Binti Bushari
Naib Pengerusi HEWI II
(Unit Dakwah & Pembangunan Insan)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Sumber : hewi.pmram.org

0 comments:

Sahabat