Monday, September 29, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ kali ke - 15

Posted by UPP DPMZ On 7:16 AM No comments

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA ZAGAZIG
SESI 2007/2008 KALI KE 15

Dewan Dar Salam,11 September – Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 15 pada sesi 2007/2008. Mesyuarat Agung Tahunan adalah program tahunan yang diadakan pada setiap tahun yang bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi dan menerima pandangan, pendapat dan muhasabah daripada suara-suara ahli.

Majlis perasmian ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Program oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Faizzudin bin Ghazali dan kata-kata aluan daripada Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig Al Fadhil Ustaz Muhamad Mumtaz bin Harun seterusnya ucapan daripada Badan Pengurus PMRAM oleh Al Fadhil Ustaz Khusaini Bin Md Yusoff, Naib Presiden III, Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Sebelum mesyuarat berlangsung majlis diteruskan dengan pembuangan undi daripada calon-calon yang bertanding diikuti dengan AJKT sesi 07/08 dan ahli-ahli untuk mengundi siapakah pemimpin yang bakal menerajui DPMZ. Majlis berjalan dengan lancar dan aman. Majlis ini turut dihadiri oleh mahasiswa daripada Perubatan Zagazig sebagai ahli bersekutu dan dapat memberi kerjasama dengan baik.

Mesyuarat Agung Tahunan telah dipengerusikan oleh Pengerusi Sidang iaitu Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig, melantik 2 orang Setiausaha Sidang sesi pagi dan 2 orang Setiausaha Sidang sesi petang, serta melantik 2 orang Pengira Undi.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan Laporan Minit Mesyuarat kali ke - 14 oleh sidang mesyuarat dan seterusnya membentangkan perkara-perkara berbangkit. Kemudian mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti tahunan AJK Tadbir DPMZ sesi 2007/2008 untuk dimuhasabah,menerima pendapat dan pandangan oleh ahli-ahli DPMZ. Pembentangan diteruskan dengan pembentangan Laporan Kewangan DPM Zagazig sesi 2007/2008.

Saat-saat yang dinantikan oleh semua ahli sidang Mesyuarat Agung Tahunan diteruskan dengan pembentangan dan perbahasan usul serta cadangan yang dibuat oleh sidang mesyuarat. Pada tahun ini ahli sidang mengeluarkan dua usul yang berbeza. Usul pertama daripada Al Fadhil Ustaz Dzul Nawawi bin Munawer yang berbunyi :-
"Kepimpinan dan ahli mesti memastikan kebersamaan ahli dan pimpinan dalam memperkasakan lagi kesatuan dari sudut:-Ukhwah, Thaqafah, Tarbiyah dan Ekonomi".Ini adalah lanjutan usul yang terdahulu, akan tetapi diusul dan dibahaskan pada tahun ini supaya diperkasakan, diperutuhkan, dan diperkemaskan.

Usul kedua daripada Al Fadhil Ustaz Ahmad Naqiuddin bin Md Noor yang berbunyi :-
"Kita Mahasiswa dan Mahasiswi generasi DPMZ perlu memastikan kesatuan di kalangan ahli terus terjamin, terjalin dan terlaksana demi melihat islam itu dijulang". Usul ini turut disokong oleh ahli sidang mesyuarat.

Seterusnya ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 15 oleh Pengerusi DPM Zagazig sesi 2007/2008 dan pengisytiharan penbubaran AJK Takbir DPMZ sesi 2007/2008.
Majlis diteruskan dengan pengisytiharan barisan AJK Tadbir DPMZ sesi 2008/2009, dan melantik 2 orang Juru Audit sesi 2008/2009. Majlis disempurnakan lagi dengan Ucapan muqaddimah oleh Pengerusi DPMZ sesi 2008/2009 iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Faizzudin bin Ghazali.

Berakhirnya majlis dengan penyampaian sijil AJK Tadbir sesi 2007/2008 dan penyampaian sijil Penghargaan AJK Khas Mesyuarat Agung Tahunan serta Anugerah Pelajar Cemerlang DPM Zagazig sesi 2007/2008. Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ kali ke -15 ditutup dengan bacaan doa selamat dan jamuan.

0 comments:

Sahabat