Tuesday, October 21, 2008

Futsal Lebaran Menggamit Ukhwah

Posted by UPP DPMZ On 4:42 AM 1 comment

Pada 18 Oktober 2008 bersamaan 18 Syawal 1429, Unit Kebudayaan Kesenian dan Sukan DPMZ di bawah kelolaan Ustaz Lokman bin Sulaiman telah menganjurkan pertandingan Futsal Lebaran 08’ dengan tema "Riadah Bersama Ukhwah Dibina". Pertandingan ini telah bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Istad Syarqiah. Seramai 8 pasukan telah menyertai pertandingan ini, diantaranya Medic FC, Ate Keme, Seqadar,Roti Ish Lantai, Biasa Je FC, Exco's FC, Sahah dan Gargil FC. Pertandingan ini telah dijalankan secara liga. Hasil perlawanan diperingkat kumpulan telah melayakkan 4 pasukan ke peringkat separuh akhir iaitu Ate Keme (Johan Kumpulan A), Biasa Je FC (Johan Kumpulan B), Seqadar (N. Johan Kumpulan A) dan Sahah (N. Johan Kumpulan B).

Di peringkat separuh akhir, pertemuan yang sengit diantara Biasa Je FC dengan Sahah telah menyebabkan keputusan seri 0-0. Namun Biasa Je FC berjaya layak ke peringkat akhir setelah menang melalui sepakan penalti dengan keputusan 3-2. Manakala pertemuan diantara Ate Keme dengan Seqadar jelas membuktikan kehebatan pasukan Ate Keme setelah berjaya membelasah Seqadar dengan keputusan 5-1. Fahmi Odeni adalah penjaring terbanyak dalam perlawanan ini setelah berjaya menyumbang 3 gol untuk pasukan Ate Keme. Perlawanan di peringkat akhir sekali lagi membuktikan kehebatan pasukan Ate Keme setelah berjaya bergelar Johan dengan menewaskan pasukan Biasa Je FC dengan kemenangan 4-1. Tahniah diucapkan kepada pasukan Ate Keme.

Pertandingan Futsal Lebaran 08’ ini dilihat telah berjaya memupuk semangat kebersamaan serta jalinan ukhwah yg baik dikalangan ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sama ada diantara pelajar-pelajar Perubatan dengan Azhar mahupun pelajar-pelajar lama dengan yang baru. Program ini bukan sahaja matlamatnya untuk aktiviti riadah di kalangan ahli tetapi objektif yang lebih utama adalah untuk memupuk nilai ukhwah dan persahabatan di kalangan ahli.

Di akhir program tersebut, pihak penganjur telah menyampaikan hadiah kepada setiap pasukan yang disampaikan oleh Pengerusi DPMZ 08/09, Ustaz Mohd Faizzudin Ghazali. Semoga jalinan ukhwah yang terbina di bulan Syawal ini akan berterusan supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sahabat